Assalamualaikum
Sejak dua menjak si Naura Auni ni dah ada gigi,apa juga makanan dia tak tolak..Tapi memang sifat kanak-kanak pun kan,tak menolak makanan yang diberikan pada dia.
Kekadang sampai aku naik risau bila dia tak henti makan,yang bestnya orang sekeliling kekadang tak tengok samada makanan tu boleh diberikan pada dia ke tidak.Nak menghalang dari bagi makan,kekadang ada yang orang boleh terima dan ada jugak yang boleh terima.
Sampai aku tak tau makanan yang dah masuk dalam perut dia tu.Yelah,tanpa kita ketahui,kita dah bagi makanan yang tak elok pada dia.Takut pulak terjadi apa-apa dengan kesihatan dan perkembangan diri dia.Seperti yang aku baca di majalah pama,bayi tidak memerlukan kalori,apa yang diperlukan oleh mereka adalah makanan yang ada nutrisi.Disini aku share artikel tentang jenis-jenis makanan yang masih dilarang untuk diberikan kepada mereka
Jus
Kalau kita ni,jus adalah minuman yang berkahsiat kan..Tetapi,tidak pulak bagi bayi.Jus adalah minuman tidak sihat kepada bayi.Walaupun dihasilkan daripada buah,namun proses pembuatannya membuatkan khasiat baik daripada buah telah tiada.Better bagi buah tu terus kepada mereka.So benda ni aku memang dah buat pun kat rumah.Since dia dah ada gigi,aku rajin bagi buah kat dia,terutama buah epal dan sunquick.
Makanan Proses.
Jangan kerana alasan tidak sempat atau sibuk,kita bagi anak kita makanan proses seperti daging burger proses,sosej atau nuget.Ini kerana makanan proses telah kehilangan segala khasiatnya semasa proses pembikinan.Lebih baik buat sendiri makanan olahan seperti nuget ayam yang dihasilkan daripada daging ayam yang dicincang dan dicampur dengan sayuran.Lebih sedap dan berkhasiat.Cuba untuk aku elakkan bagi dia makanan proses ni,walaupun ada jugak aku bagi,tapi takdelah sekerapnya.Aku pernah juga buat nugget sendiri untuk kakak fiyah dulu.Cuma sekarang ni je rajin tu berkurangan.
Minuman berkarbonat.
Kadang kala ada ayah atau ibu yang selamba memberikan bayi mereka merasa meinuman berkarbonat yang sedang diminum.Alasanna kerana kasihan dengan wajah comel yang melihat minuman tersebut.Hakikatnya, ia minuman terburuk jika diminum oleh bayi.Selain tidak berkhasiat,kandungan gula yang ada dalam minuman berkarbonat sangat tidak bagus untuk perkembangan gigi si manja.Memberikan minuman berkarbonat ni memang sangat-sangat aku elakkan..Sebab tu kalau pi mana-mana aku bekalkan dia dengan botol air masak.Walau dirumah pun aku pastikan aku letakkan botol air masak di atas meja,Bila dia penat bermain,dia akan mencapai botol air masak tu dan minum.Kalau boleh memang aku nak ajar dia untuk minum air masak berbanding air kotak atau air bikarbonat.
Biskut.
"alah,sikit je bagi baby rasa biskut ni,Mungkin bagi kita tidak mengapa bagi bayi merasa biskut yang kita makan.Tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kesihatan bayi kerana kandungan gula yang terlalu berlebihan dapat menganggu pertumbuhan gigi serta berisiko obesiti.lebik baik anda biasakan beri bayi potongan buah-buahan sebagai makanan selingan.Tapi dirumah memang aku bekalkan biskut.Cuma biskut yang aku bagi kat naura tu,bukan jenis biskut manis.Aku lebih suka kalau bagi dia biskut cracker.Cuma mungkin itu juga cadangan yang salah untuk aku berikan kepada dia.Insya allah,nak cari biskut yang sesuai untuk usia dia..kot korang ada cadangan biskut yang sesuai diberikan,boleh komen ye.
Agar-agar
Sememangnya ia kelihatan menarik dan berselera.Apatah lagi jika si kecil melihatnya.Tetapi awas,jangan bagi bayi makan puding atau agar-agar kerana banyak kandungan gula,perasa dan pewarna buatan.Jika mahu sediakan makanan pemanis mulut kepada bayi,buat daripada olahan buah-buahan tanpa menambah gula pewarna atau perasa.
Di dunia zaman sekarang ni,banyak dah makanan yang tercemar dengan kandungan yang pelbagai yang boleh memudaratkan badan kita.Apatah lagi kalau diberikan kepada anak-anak kita.Sebagai ibu bapa,kita sentiasa nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak.Sedikit demi sedikit ilmu untuk menyajikan yang terbaik untuk anak-anak.Kita juga kan yang mencorak kehidupan anak kita.So,selagi boleh dicari ilmu yang bermanfaat untuk diolah untuk anak-anak,why not kita mencarikan.
Good info..tq for sharin 😊
ReplyDeleteterima kasih sbb sudi join GA sy. sy dah masukkan link blog awak dalam bloglist sy. senang la untuk sy blogwalking :)
ReplyDeleteSebaiknya berikan makanan terbaik untuk baby kan :)
ReplyDeletesuka dengan cadangan makanan macam nuget tu..nak buat la nnti
ReplyDelete