Assalamualaikum
Sedih bila dengar kebakaran yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada pagi tadi.Di dalam group whatssap bertalu-talu orang menghantar gambar-gambar mangsa yang terlibat didalam kebakaran tu.Yang paling menyedihkan,kebakaran berlaku di Wad Kecemasan pulak tu.Bagaimanalah agaknya situasi mereka kan.
Pelbagai cerita juga aku dengar yang mengatakan mereka yang tinggal di wad berkenaan meninggal dunia.Aku tak pasti tentang tu sebab Hospital sultanah aminah pun belum beritahu lagi tentang laporan kemalangan tu.
Pelbagai cerita juga aku dengar yang mengatakan mereka yang tinggal di wad berkenaan meninggal dunia.Aku tak pasti tentang tu sebab Hospital sultanah aminah pun belum beritahu lagi tentang laporan kemalangan tu.
Kejadian Kebakaran dilaporkan berlaku di Blok wad pe sakit luar Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada kira-kira jam 8.17am pagi tadi.
Punca dan kerosakan masih di siasat. Api telah berjaya di kawal . Laporan penuh akan dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Hospital pada petang nanti.
Semoga tiada yg cedera serius baik pesakit, pelawat atau kakitangan hospital.
So,untuk kita rumuskan apa yang terjadi.tunggulah mereka buat kerja mereka.Tak perlu untuk kita war-watkan berita yang kita tak sahih kebenarannya.
Apa pun marilah kita berdoa agar mereka semua selamat.Yang pergi tu diucapkan takziah..Harap keluarga mangsa tabah dalam menghadapi dugaan ini..Ini aku kongsikan gambar-gambar yang dikongsikan di group whatssap..
Kalau dilihat dari gambar ni pun,kita boleh melihat betapa struglenya diorang buat kerja kan..Harap ramailah yang membantu pihak Hospital untuk kes ni.Yelah...kita bukan nak kan kejadian ni berlaku..Tu semua kerja Allah swt.Apa pun harap semuanya akan baik selepas ni..Insya allah..
#prayforhsajb
#hsajb
Scarry kan....semoga dipermudahkan urusan mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak ida.. 6 maut kan dlm icu tu.. sedih dgar berita awani tadi.. semoga semuanya dipermudahkan.. hospital ni kenangan last dengan arwah ayah mertua kita... meninggal kat sini :(
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segala urusan , takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat .
ReplyDeleteTerkejut sangat dengar ritu..tatau nak cakap.lagu mana..semoga segalanya dipermudahkan...salam takziah buat keluarga mangsa terlibat
ReplyDeletesemoga mangsa tabah hadapi ujian ini dan semoga urusan mereka dipermudahkan.Aaaminn
ReplyDelete