Assalamualaikum
Selamat Hari raya korang...Wah..meriahnya raya korang kan..Ada yang buat qurban tahun ni?
Belum ada rezeki untuk buat qurban.Insya allah,niat tu ada,cuma belum ada rezeki lagi nak buat..Korang doa-doakan aku supaya rezeki tu sampai kat aku untuk aku lunaskan impian aku ni ye.
Alhamdulillah,cuma entry autopublish je hari ni untuk memberi ucapan Hari raya kat korang.Mahunya pepagi ni aku sibuk menguruskan rumah dan juga memasak serta menyediakan menu hari raya.Persiapan untuk raya haji ni ala kadar je sebenarnya.Tiada baju raya pun,cuma hidangan hari raya seperti hari raya puasa tu adalah.
Pada tahun ni merupakan hari raya yang pertama aku raikan di rumah baru.Adik beradik belah suami datang ke sini untuk menyambutnya dengan kami.So,dengan berbesar hati menerima kedatangan mereka.
Moga korang jalani hari raya korang dengan bersederhana dan bersikap berjimat cermat dengan ekonomi negara sekarang.Cermat dalam pemanduan di mana sahaja korang berada.Elakkan sikap meninggi diri di jalan raya dan patuhi keselamatan jalan raya ye.
Selamat menjamu selera ye korang..Jangan makan banyak-banyak tau..
Selamat hari raya...
ReplyDeleteselamat hari raya korban :) mesti penatkan?
ReplyDeleteIn sha Allah ada rezeki untuk buat korban nanti..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha buat Aida sekeluarga.. semoga kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatanNya... aamiin ya Rabbalalaamiin.
ReplyDelete