Assalamualaikum
Ada tak pembaca kat sini yang tak suka durian? Cer komen sikit..Nak tengok jugak berapa ramai yang tak suka dengan Raja Buah ni.
Durian ni,ikut musim.Jarang ada kalau takde musim dia..Tapi kalau dah tiba musim Durian,fuhhh!!! ramai kot orang mencari.Dari harga mahal sampailah harga yang termurah.Kalau korang nak kualiti dan rasa yang terbaik,haruslah harganya lebih mahal..Ada yang mahal ratus weh..Nak-nak yang namanya Musang King..Kalau diberi pilihan memang lah nak yang musang king..Tapi bila tengok harga yang makan puluh-puluh,ratus-ratus tu,durian kampung pun dah ok..
Masa kecik dulu,masa aku duduk ngan nenek aku,sebelah je pokok durian..Bila tengah malam pun aku sanggup pi kutip dan makan.Syok oo makan durian yang baru lepas jatuh..Nikmatnya berbaloi-baloi.
4 biji durian dengan harga RM50
Ni cerita semalamlah,alang-alang dok bercuti,si husband aku ni sibuk sangat nak mencri durian.Craving dah macam mengandung pulak.4 biji Rm50.Penjual tu kata Durian segamat.Tapi aku tak rasa durian tu dari segamat...bhahahha....entah ek.kita pun tak tau durian tu dari mana.Sebab mana ada cop segamat kat situ..buatnya dia amik area gelang patah atau pontian...sama je datangnya..Bukan apa,orang kata Durian segamat sedap..Lagi pulak dia kata durian kampung.emmm..layankan jelah..Kalau tipu,dia jugak dosa kan.
Maka bawaklah balik Durian ni ke rumah untuk santapan.Aku pantang dengan durian.Tapi satunya aku lebih pantang kalau bau durian dalam kereta atau dalam rumah..Boleh migrain weh..Semalam pun aku dah migrain dek kerana bau dia.Tapi kalau makan memang tak menghengat..3-4 biji pun aku boleh habis tau..Tapi nak habaq yang aku memang tak boleh bau durian..Pelik kan..agaga..tu dah memang sifat aku dari dulu lagi..Aku pun tak sure kenapa..
Kalau baru-baru lagi musim durian ni,memang sangat mahal untuk mendapatkannya..Nanti kalau dah berlambak-lambak orang jual,confirm harga dah murah.Mybe masa tu orang dah muak nak makan durian kan..
korang pulak macam mana...Dah beli ke durian ni...
Singgah dan follow. Follow back ye www.qiyasaad.com
ReplyDeleteSinggah dan follow. Follow back ye www.qiyasaad.com
ReplyDeletepeberet nih..
ReplyDeletesedapnya durian! tak beli pun mkn hsil kbun atok..hihi
ReplyDelete