Assalamualaikuum
Salam penghulu hari korang.Uihh...Jenuh nak bukak blog ni,tapi tak terbukak jugak.hari ni aku gagahkan juga menaip supaya blog ni tak lenyap begitu sahaja.
Kalau ikutkan tiada daya lagi untuk aku menghadap blog ni.Tak taulah kenapa tahun ni banyak kali tak sihat.Takkan sebab jantung aku ni.emmm...malas nak fikir pasal tu...
Start dari Khamis minggu lepas,aku dah tak sihat.Jumaat aku ambil mc,hanya melepak kat rumah..Disebabkan husband pun tak berupaya nak jaga diri dia sendiri,so aku decide untuk balik kampung je.Petang sabtu tu,mak aku datang ambil.Syukran dapat mak yang sangat memahami.
Balik kampung je aku dah terus tumbang,tak de daya dah nak bawak badan.Nasib baik juga si naura ngan kakak tak meragam sangat.Malam tu dah mengigil seluruh badan,mak dah suruh aku pi hospital,tapi aku yang taknak..Aku memang takut kena tahan wad.lagi satu,kesian kat mak ngan anak-anak aku tu.Esoknya,mak paksa jugak aku pi klinik.
Sampai Klinik,daftar and terus masuk bilik check demam.39 masa tu..Terus kena amik darah..hadoiii..masa ni aku memang dah rasa ngeri dah kot..Tapi bila dapat result darah,alhamdulillah...semuanya ok.doktor kata tonsil bengkak,tu yang batuk keluar darah sikit.Balik dan berehat,.Petang tu baru aku perasan aku sakit mata weh...Dah kat dalam rumah pun aku pakai cermin mata gelap.Takut anak-anak dan seisi keluarga berjangkit
Banyak sebenarnya nak di cerita,entry review pun ada dua tiga produk jugak yang nak publish..Sekarang ni pun ,masih takde suara lagi untuk bercakap.Dua hari ni je yang baru boleh menelan nasi,.Kalau tak aku tak makan ape pun.Tekak memang tak boleh dan langsung tak boleh menerima makanan.
Harap berakhir lah segala sakit dengan segera.Banyak yang perlu dilakukan,tapi bila dah tak sihat,semuanya terbengkalai kan.
Semoga cepat sembuh kak.Aaminn
ReplyDeleteAllahuakbar..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ida...
Take care..
moga cepat sembuh sis. Dah sihat nanti boleh sambung balik :)
ReplyDeleteItulah untungnya ada mak utk bersandar Eda
ReplyDeleteBebudak tu ok nasib baiknya
Moga cepat sembuhnya.