Assalamualaikum
Walaupun muka secetak dengan babah dia,tapi tetap taknak tinggal dengan babah dia.Pantang tak nampak kelibat umi dia,habislah dia mengaruk tak hengat..Penat babah dok pujuk,tapi tetap jugak menangis.
Sudahnya,umi cepat-cepat ambil dia.yelah sat gi kalau dah berpanjangan mau dia menangis tak keluar suara.Kekadang tu,bila umi tinggalkan dia masuk bilik air pun,dia nak mengekor jugak.Tunggu kat depan pintu bilik air,Ketuk-ketuk bilik suruh umi bukak..Kalau solat pun macam tu,nak jugak depan mata dia.Parah si anak ni lah..
Kekadang hari sabtu,saja tinggalkan dia dengan babah supaya dia rapat dengan babah dia.Nasib baiklah sabtu tu aku halfday je,kalau satu hari tak taulah macam mana babah nak handle.
Kalau ikutkan anak-anak ni memang payah nak rapat dengan ayahnya kan.Menurut kajian yang aku baca di sebuah blog mengatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayahnya memiliki IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayah mereka.Bagaimana pulak kan nak merapatkan hubungan ayah dengan si anak ni.Aku kongsikan info yang aku baca di blog ramenpedas tentang 11 cara untuk merapatkan Hubungan anak dengan ayah mereka
source:google
1.Menukar Lampin
Setiap ayah semestinya harus tahu cara untuk menukar lampin anak mereka,terutamanya apabila anak sudah berasa kurang selesa dan lampinnya sudah basah.
** Kerap jugaklah aku suruh husband buat benda ni..Bukan apa,tak nak kasi dia kekok untuk buat semua tu.
2.Menolong menjaga anak di malam hari.
Ayah selalunya akan bekerja di siang hari.jadi pada waktu malam pula ayah seharusnya menolong menjaga anak di malam hari seperti menukar lampin,membuat susu untuk anak.Ini akan menyebabkan anak akan merasakan interaksi si ayah.
**selalunya kalau anak nak susu pada malam hari,husband rajin tolong buatkan.Cuma berjaga pada waktu malam hanya untuk waktu-waktu tertentu je macam bila anak-anak tak sihat.
3.Memeluk dan mendukung anak.
Pelukan akan dakapan akan menjalinkan ikatan emosi.ini selalu terjadi diantara ibu dan anak.Ayah pun boleh melakukannya,dengan cara apabila anak meragam dan menangis,ibu boleh meminta si ayah untuk memujuk mereka dengan cara memeluk dan mendukung mereka.
4.Memberi makan
Ambil peluang untuk menyuap anak anda makan sambil bercerita atau berbual dengannya.
5.Bersikap Toleransi.
Ayah perlu mengamalkan sikap toleransi dengan anak mereka,dengan cara mendengar apa yang mereka cakapkan dan mengambil tahu apa yang mereka lakukan.
6.Bermain dengan anak.
Sentiasalah bermain bersama anak kerana ianya dapat melahirkan ikatan batin antara anda dengan anak anda.
7.Menguruskan anak.
Seorang ayah seharusnay pandai untuk menguruskan anak.Tidak semestinya hanya pandai menukar lampin,tetapi harus pandai untuk memandikan anak jikalau ketiaadaan ibu.
8.Tunjuk Tingkah laku yang elok
Anak-anak selalunya mengikut sahaja apa perkara yang dilakukan oleh kita,jadi ayah seharusnya menunjukkan tingah laku yang elok kepada anak.
9.Memberi dorongan.
Sentiasalah memberi dorongan dan sokongan kepada anak dalam apa jua keadaan melainkan yang melampaui batas.
10.Menidurkan anak.
Selain ibu,ayah juga boleh menidurkan anak sambil mendodoikannya.Ini akan merapatkan hubungan antara ayah dan anak.
11.Menjaga ketika anak sakit.
Ketika sakit,perasaan seseorang akan lebih sensitif begitu juga anak-anak dengan melihat ibu dan ayah ada bersama akan menambahkan kekuatan untuk melawan penyakit.
Mudah kan untuk kita menjadi rapat.Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk merapakatkan kitadengan anak.Cuma terpulang pada kita untuk melakukannya ataupun tidak.