Assalamualaikum
Selamat pagi semua,walau dalam keadaan bersosek-sosek,beruhuk-uhuk,tetap jugak kakak mengagahkan diri menghupdate berita terkini tentang Hari raya akak pada tahun ni.Walaupun korang tak kisah,akak xkisah..Mana tau kan,anak-anak dah besar nanti,boleh la dia membaca kisah-kisah raya mereka di masa kecil nanti.
Hari raya,ada kenangan yang sedih,dan ada kenangan yang gembira...Semuanya berkolabrasi di hari raya.Meh aku cerita yang menyedihkan dulu...BAJU RAYA TAK SIAP WEH!!!...Bagi korang itu berita sedih ke gembira..Padahal awal lagi aku dah hantar baju aku dan Naura kat Tailor.Sebelum puasa tau dah hantar.Lainlah aku hantar last minute..Tailor tu pun kira kawan aku masa sekolah jugak.Tak taulah nak marah ke nak apa..Tapi tak elok kan buat orang lagu tu.Kesian tau.Padahal aku selalu juga tanya dia,baju aku dah siap ke belum.Seminggu sebelum raya,aku WS dia lagi,dia kata hari selasa baru aku amik.Weh..esoknya nak raya,habis kalau tak fit kat baju,ada masa ke nak betulkan.Sadisnya,Hari selasa sebelum raya tu,tak siap lagi.Dia bagi tahu last minute selepas maghrib malam raya,baju tak dapat disiapkan..OMG!!!!!Mana nak cari baju raya ni..Baju tak banyak..Aku beli 2 helai je untuk tahun ni..Yang paling menyedihkan,Baju Naura langsung takde..Mana nak aku cari malam-malam buta ni.Nak ke bandar ,orang dah sibuk nak memasak.Aku kalau beraya turn rumah mak aku,memang ikut tema..Dah cantik beli kain anak beranak warna mustard,sama jenis kain semua,,Tapi tak sangka semua ni berlaku..Nasib baiklah rumah aku ada kedai SAKAN..Dapatlah beli jubah walaupun tak sama warna dengan adik beradik yang lain..Redha je Weh...Tapi tetap sedih sebab Naura tetap tak dapat baju..
Kepada Tailor,aku nak nasihatkan sikitlah,ambil tempahan tu,ikutlah kemampuan,kesian pada mereka yang nak tempah tu,kalau tak siap,macam mana kan..
Oklah dah habis cerita sedih..Alhamdulillah,walau ramai tak dapat berkumpul pada tahun ni,tetap bersyukur,kerana masih ada lagi adik beradik yang dapat beraya di kampung tahun ni,Yelah,kita cuma merancang,Allah swt juga yang menentukan.Walau kami tak semeriah adik beradik yang ramai,tetap juga kami berkumpul selepas raya.Meh selit sikit kegembiraan
Ada banyak lagi..Tapi malas lah aku nak share kat blog ni..ada je terperap dalam fb..hahaha..tak semua kita nak show off kan...cukuplah ni..Dapatlah luangkan masa lama untuk kakak dan adik..
janji raya kan... baju bukan penting sangat pun hehehhehe
ReplyDeleteselamat hari raya
selamat hari raya kak..
ReplyDeleteehh bagi zee sedih la tu..dah kita mengharap baju tu sekali tak dapat hangin kot..
alahai sadisnya baju raya x siap...
ReplyDeleteneway selamat hari raya...