Assalamualaikum
Mesti korang teringat kan di pertengahan bulan puasa agaknya,Viral tentang kisah orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan Pau Cendawan ni..Di putrajaya kalau tak silap aku,orang sanggup beratur panjang untuk mendapatkannnya.Yelah,tengok pau ni pun dah unik kan.unik lagi bila ia dikatakan seperti cendawan..Bagaimana rasanya tu wallahualam.
Tapi bagi kita yang duduk nun jauh disini,semestinya rasa teruja nak merasainya jugak,Dah namanya jauh,cuma dapat tengok dari jauh lah je kan.
Tapi tak kusangka,raya ke empat,adik pada kawan aku (dia memang stay kat rumah mak aku)balik,bawak pau ni yang dah di frozenkan.Mak aku tinggal kukus je balik..Bila dah terhidang atas meja,makan petang tuari,terus aku teringat Pau Cendawan ni pernah viral masa dalam bulan puasa ni..
Dah rasa,emmm...oklah..Luar biasanya adalah kerana ia menyerupai cendawan,itu sahaja.Dalamnya sama je,inti-inti yang terdapat pada pau biasa.Cuma ada penambahan sikit,yang aku makan tu,intinya adalah kuah carbonara..hah!! tu jelah...takde yang lebihnya.
Tapi sedikit unik dan pembaharuan baru terhadap pau..Rasa dia tetap sama..Aku pernah terbaca resepi Pau cendawan tu di blog azhafizah..So korang bolehlah godek-godek blog fiza untuk cari Resepi Pau Cendawan ni..Cuba jangan tak cuba..aku malas..hahahaha
Tak pernah rasa lagi... teringin juga nak rasa sbb nampak menarik... :)
ReplyDeletedah ada resepi tapi xberkesempatan nak buat lagi..pau cendawan yang unik :)
ReplyDelete