Assalamualaikum
Bila viral tentang kes Penyakit Difteria ni,rasa gerun pun ada..Yelah,kita tak tau bagaimana ianya berjangkit dan siapa pembawa Difteria ni..Hari raya ni memang seronok.Dapat berjumpa saudara mara,sahabat handai .
Ada yang tak tau apa itu Penyakit Difteria?
Difteria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh Bakteria Coryhebacterium diphteriae.Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan.Bakteria ini menjangkit tekak(tonsil dan farink) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekirat tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Dengan kata lain Difteria adalah penyakit saluran pernafasan yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit yang terluka.
Beberapa perkara berkenaan bakteria tersebut perlu ibu bapa ketahu untuk mengelakkan ia daripada menjangkiti si kecil.
Bahayanya Difteria kepada anak-anak kita kan,dan apakah tanda-tanda yang perlu kita tahu bagaimana ianya dijangkiti oleh anak-anak kita
- Sakit tekak berpanjangan
- Demam secara tiba-tiba
- Tumbuhan membran kelabu meliputi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah,melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung(miokarditis) yang menyebabkan kematian.
Menurut pengarah Jabatan kesihatan Melaka,Datuk Ghazali Othman pembawa kuman adalah dalam kalangan manusia sendiri dan ia amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan,kepanasan dan sinaran matahari.
Bagaimana Difteria disebarkan? Ia tersebar melalui kulit,saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria sendiri.
Jangkitan Difteria mempuyai kada kematian yang tinggi iaitu antara 25 ke 50%.Kadar kematian akibat Difteria paling tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.
Menurut Datuk Ghazali,bakteria ini boleh dicegah melalui suntikan Vaksin Difteria,Vaksin Difteria terkandung dalam Vaksin lima serangkai,DTAP-IPV/HIB(Difteria pertusis,Tetanus,Polio dan Haemophilus influenzae type b) Ia diberikan pada usia 2,3,5 dan 18 bulan.
Liputan imunisasi yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity) dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.Kanak-kanak yang telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari komplikasi
Kementerian Kesihatan Malaysia memberi penekanan betapa pentingnya kanak-kanak diberikan imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.
Ibu bapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Ibu bapa yang masih lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan perlindungan dan menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
Sama-samalah kita menjaga kesihatan anak-anak kita,berikan mereka vaksin seawal mungkin untuk mengelakkan anak-anak kita dalam bahaya..Tepuk dada tanya selera..apakah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk anak-anak kita kan..wallahualam.
aida memang pantau anak2 menjelang raya ni.
ReplyDeletememang ler takut kalau terkena virus ntah apa2 nanti :(
Haiii.. farah datang bw. Jemput join segmen bloglist farah ye ^0^
ReplyDeletehttp://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html
Alamak.. takutnyeee.. Moga dijauhkan dengan sebarang penyakit..
ReplyDeletesemoga ramai terbuka hati hendak vaksinkan anak2 mereka
ReplyDelete