Assalamualaikum
Alhamdulillah...Rasa tak sangka,Umur dia dah setahun..Cepat je masa berlalu.Segala kesakitan sepanjang mengandungkan dia,jerit perit ke hulur hilir bawak perut,dengan penyakit yang datang.Rasa berbaloi sangat-sangat dengan kehadiran puteri ni.
Memang sebelum mengandung pun,rasa takut nak mengandung tu ada,yelah,risau dengan penyakit yang ada ni,boleh ke tidak survive bila mengandungkan.Pelbagai andaian dari orang-orang lama yang mengatakan aku tidak boleh mengandung.Semua tu aku telan hidup-hidup kata-kata mereka.Pelbagai tohmahan sebelum mengandung pun banyak aku terima.Sikap dingin orang sekeliling yang memandang keji bagi wanita yang tak boleh mengandung,pernah aku rasakan.
Tapi Allah swt tu sentiasa ada untuk kita yang teraniaya.Walau kehamilan pertama tidak panjang umurnya,kemudiannya di datangkan lagi pengalaman mengandung buat kali kedua..Syukur dipanjatkan untukNya kerana memberi peluang untuk aku mengandung.Di saat mengandungkan Nur naura auni,ujian demi ujian kesihatan datang.Tapi aku sentiasa positfkan diri dalam menanganinya.
Alhamdulillah,,Allah swt tu berikan lagi kasih sayang dari seorang anak perempuan,untuk memberikan aku semangat untuk terus berjuang dengan kehamilan ini..Thanks kakak fiyah sebab bagi umi semangat tu.Kakak fiyah dahpun dua tahun sekarang ni..sob..sob..
Pada hari raya keempat tahun lepas,tengah malam,memang takde rasa sakit,cuma rasa tak sedap hati dan mengeras berpanjangan selama 15 minit.Masa tu nak tidur pun payah..cakap kat husband,anak pertama kan,tak tau nak buat macam mana,terus call mak..Suruh terus gi hospital.Tapi masa tu sempat lagi suruh mak datang amik kakak..Kesian pulak nak tinggalkan dengan nenek sini.Sudahnya,umi tunggu jugak nenek kota datang dengan mama Eton.Mama eton bawak balik kakak dan nenek ikut umi ke hospital.
Sampai Hospital terus masuk tempat wad daftar bersalin.Masa tu dah pukul 1 pagi kot..Check bukaan doktor kata dah 4cm..masuk terus ke labour room.Masa kat labour room,tunggu pulak doktor pakar,Masa tu banyak sangat konflik,Doktor pakar dari pelbagai aspek datang.Pakar medic la,pakar xray,pakar bidan,entah apa-apa pakar lagi.Sampailah pakar Bidan decide aku kena Czer..Kalau ikutkan memang tak bersalin hari tu,Tapi doktor pakar suggest supaya aku bersalin awal memandangkan masa tu pun dah 39 weeks.Takut apa-apa berlaku pada aku yang boleh menyebabkan kematian,doktor segerekan urusan pembedahan tu.Tapi tak jugaklah cepatnya.Tunggu punya tunggu,pukul 3 petang jugak aku masuk bilik OT..Alhamdulillah,,Allah swt permudahkan lagi bila mana dalam pukul 3.25 petang,dengar dah bunyi tangisan baby.Masa tu airmata berjurai-jurai,sampai doktor pun naik risau.
Hah!!Dah setahun pun semalam.Disebabkan umi tak sihat semalam,umi bercadang,nak raikan birthday dengan kakak di kampung.Gigih pepagi gi klinik,makan ubat,then beli kek terus bertolak balik ke kota tinggi..ala....tak sampai sejam pun perjalanan kami balik kampung.Kakak happy sangat bila adik dia balik..Dah bagitahu kat dia,nak tiup lilin ngan baby oyah!!
Happy Turns 1 sayang..Moga menjadi anak yang solehah,bijak pandai,taat pada agama,sopan santun,penuh dengan keadaban,dan sentiasa dirahmati olehNya ..insya allah...
Anugerah terindah yg tak terucap dgn kata-kata lagi Eda
ReplyDeleteSungguh kesyukuran padaNya dikurniakan zuriat sebagai penyeri
Sanah helwa Naura:)
Selamat ulang tahhun Nur Naura Auni.. semoga sentiasa sihat dan menjadi anak yang solehah..
ReplyDeletealhamdulillah..dah setahun naura..selamat hari ulang tahun naura
ReplyDeleteAlhamdulillah...anugerah terindah dari Allahkan.
ReplyDeleteSelamat ulangtahun buat naura
slmt ulgthun syg.. moga mbesar mnjd anak solehah
ReplyDelete