Assalamualaikum
Bila umi dan babah berbuka,macam nilah dia.Ada je aktiviti dia yang dia buat kat dapur umi ni..
Nak block dia kat rumah macam kesian pulak..Kalau tak duduk dalam walker ni,entah kemana jelah dia pergi.Habislah pinggan mangkuk umi di kecahnya.
Selalunya balik kerja,ambil masa bawak dia keluar ambil angin jap.Lepas tu masuk rumah barulah masukkan dia dalam walker sementara umi sibuk di dapur..Dah siap memasak,mandi,baru umi susukan dan main-main dengan dia..Kesian pulak kat dia tinggalkan main sorang-sorang kan.Kalau babah dia balik awal,ada chance la umi dia buat kerja slow sikit..Yelah..umi ada masa 1 jam setengah je untuk siapkan makanan berbuka puasa.
Memang risau bila biarkan anak di dapur.Bukannya apa kan,bila kita menggoreng ,takut pulak minyak panas terpercik kat dia..Taulah budak,kalau sakit taunya nangis jelah..Selain dari tu banyak kejadian yang tak diingini boleh berlaku apabila anak di dapur.Kawasan dapur ni adalah kawasan yang sangat disukai oleh kakak dan Naura.walau umi tak masuk dapur pun,kekadang dua beradik ni sibuk bermain di situ..Takkan kita nak halang aktiviti yang mereka sukai kan..Cuma kita perlu berjaga-jaga dan mengawasi mereka semasa mereka di dapur.
Dari pembacaan aku di majalah pama,ada beberapa tips untuk kita jadikan panduan bagi memastikan kawasan dapur selamat untuk anak-anak kita
-Kita hendaklah menyimpan semua pembersih dan bahan peluntur rumah tangga serta tong sampah di dalam sebuah almari yang dipasang dengan selak penghalang untuk kanak-kanak.Disebabkan rumah aku masih belum mempunyai almari dapur.Aku letakkan di sudut yang tidak boleh di capai oleh mereka.Tong sampah pula aku letakkan di bahagian singki.Bukan sahaja anak tak boleh nak capai,kita juga mudah untuk membuang sampah disitu.
-Lantai rumah perlu sentiasa kering dan tidak licin.Ini juga boleh mengundang anak-anak kita terjatuh.Sebab tu aku bila bersihkan dapur ,selepas mop aku akan keringkan lagi dengan kain serap,supaya lantai dapur tak basah.Lantai licin ni bukan sahaja berbahaya kepada anak,tetapi kepada orang dewasa juga kan..Apa-apa makanan atau air yang tumpah perlu segera di lap.
-Jangan sesekali membenarkan anak-anak menyentuh pintu ketuhar ketika ia masih panas.
-Perkakas dapur yang tajam seperti pisau perlu disimpan di dalam laci yang dipasang dengan penyangkut penghalang kanak-kanak.Kalau di rumah aku simpan di atas table dapur tu.So chance untuk Naura mengambilnya zero lah..Tapi kalau dia dah besar dan peluang untuk mengambil perkakas dapur yang tajam tu besar,memang kena alihkan.
-Pasang suatu penghadang di sekeliling hob dapur dan pusing pemegang kuali ke belakang.
-Pada waktu makan,letakkan makanan dan minuman panas di bahagian tengah meja supaya tidak boleh di capai oleh anak.Yelah macam rumah aku tu,makan pakai meja jepun je.Tak boleh nak biarkan dia sorang bila dia didapur.
-Alas meja juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di dapur kerana kanak-kanak suka menarik kain alas meja dan ini boleh menyebabkan makanan yang disimpan atas meja tumpah ke atas dia.Risaunya kalau makanan tu panas dan pinggan mangkung yang digunakan tu jenis yang berat,boleh juga mencederakan anak-anak kita
-Simpan beg politena dan pembalut plastik di luar jangkauan anak anda.
-Beli wayar lentuh bergulung untuk peralatan elektrik anda atau pastikan wayar lentur adalah pendek.
-Sediakan sebuah alat pemadam api gas,berbuih atau serbuk kering untuk sebarang kecemasan.Jarangkan kalau kita di rumah menyediakan alat pemadam api ni.Kena ambil tahu jugak ni.
Kadang-kadang benda yang kita tak jangka pun boleh terjadi kan.Tapi sebolehnya kita sebagai ibu bapa kena lebih berwaspada dan elak dari kejadian-kejadian seperti itu berlaku.Kita mencegah sebelum parah..
Apa lagi dua-dua anak dara memang sukalah kat dapur Eda
ReplyDeleteTengok uminya masak dia pun nak tolong:)