Assalamualaikum
Beberapa hari yang lalu,aku cuba-cuba untuk buat resepi mudah dan cepat.Haruslah mencuba resepi yang mudah dan cepat ni kerana waktu untuk masak sebelum berbuka adalah 2 jam je.So kalau masak yang sarat-sarat sangat,tak cukup masa kan..So ambil resepi dari facebook je.
Resepi Chicke Butter yang mudah dan cepat di masak..Meh aku share sikit gambar Chicken Butter ni
Hah inilah Chicken Butter made by me..hehehe
Oklah jom kita terus kepada resepi Chicken Butter ni.
Bahan-bahannya adalah Seperti di dalam gambar ni ok
1-Bawang putih -Di racik halus
2.bawang merah-Di racik halus
3.Daun Kari-beberapa helai
4.Isi ayam(tak kira samada korang nak cencang kecil2 sekali dengan tulang ke tak ok)
5.Sedikit butter
6.Sebiji Telur
7.Lada kecil(optional)
8.Tepung(boleh guna tepung gandum atau guna tepung goreng ayam)
9.Sedikit Garam
10.Setengah cawan kecil susu cair
Oklah,dah tau bahan-bahannya,sekarang ni cara membuatnya pula ye!
~Ayam tu korang lumurkan dengan telur.Selepas tu korang mandikan ayam tu dengan tepung dan goreng.
~Selepas itu ,Cairkan Butter dan tumiskan bawang putih dan bawang merah.
~Masukkan daun kari.
~Masukkan susu cair dan perasakan dengan garam.Kalau korang nak pedas,boleh la letak cili
~Jika kuahnya cair,korang boleh letakkan tepung jagung sedikit ye.
~Last sekali korang masukkan ayam.Agak-agak dah masak boleh angkat dan hidangkan...
Mudahkan resepi ni..Tak memerlukan masa yang banyak pun untuk membuatnya..Makan dengan nasi panas-panas lagi sedap..
Baru buat 3 hari lepas. Ikut resepi Khattyjem hehe
ReplyDeleteperghh, macam sedap jer! ok, puasa..heee
ReplyDeleteperghh, macam sedap jer! ok, puasa..heee
ReplyDelete