Assalamualaikum
Bunyi menakutkan kan..Tapi itulah terjadi pada Naura baru-baru ni..Bukan membiarkan dia makan tanpa pengawasan..Tapi kesilapan kerana dia ada memasukkan benda lain dalam mulut ketika itu,aku pulak cepat -cepat keluarkan.Tapi tak sangka masa tu ada makanan lain dalam mulut dia..
Sekarang ni,dia memang pantang jumpa apa-apa benda di sekelilingnya.Cepat je dia masuk ke mulut.Tapi itu kan lumrah kanak-kanak yang ingin membesarkan..Tapi part tu memang menakutkan..Aku rasa sebab tu kot dia demam.Mybe dia trauma atau sebaliknya.Lepas ni mungkin aku lebih berhati-hati memberikan dia apa-apa makanan.Masa kejadian tu,bila nampak dia macam nak termuntah,terus aku kaut makanan dalam mulutnya..takut jugak tersekat kat kerongkong..Huoooiii..Naya weh!!Menangis tak berlagu jawabnya
source:google
Sebenarnya dalam situasi macam ni ibu bapa jangan terlalu panik.Sebab bila panik,macam-macam hal yang tak diingini akan berlaku.Tapi bagaimana kita nak mengatasinya? hasil pembacaan aku di sebuah blog disini,diajar apa yang perlu kita lakukan bila bayi tercekik.
Bagaimana untuk menyelamatkan anak anda yang berusia bawah 1 tahun
1. Halakan muka bayi anda ke bawah di atas lengan anda,pegang rahangnya dengan tangan anda.Rehatkan tangan anda di atas peha.(jika dia terlalu besasr,baringkannya di atas peha anda dengan muka menghala ke bawah,kepalanya pada lutut anda)sokong kepala dan lehernya di mana ia perlu lebih rendah daripada badannya.
2.Dengan tumit pada sebelah tangan anda,berikan tepukan di antara bahunya.ini selalunya menyebabkan bayi membatukkan semula makanan/objek.Jika anda boleh nampak objek tersebut di dalam mulut atau kerongkong,ambil gunakan jari anda.
3.Jika bayi anda masih belum boleh bernafas,baringkannya dengan menghala ke atas dan biarkannya berehat di atas peha anda atau permukaan yang lembut.Dengan jari telunjuk/jari tengha pada bahagian tengah dadanya(hanya bawah puting)beri tolakan yang cepat pada dadanya.Tekan sedalam setengah ke satu inci.Berselang seli di antara belakang dan dada sehingga dia membatukka objek tersebut atau mula bernafas dengan sendirinya.
4.lakukan pernafasan keselamatan : Buka laluan udara dengan menyengetkan kepala ek belakang dan mendongakkan dagu.
5.Kekalkan pembukaan laluan udara,tutup mulut anda pada hidung dan mulut bayi anda dengan memberikan dua pernafasan perlahan untuk setiap satu ke satu setengah saat.teruskan pernafasan mulut ke mulut sehingga pernafasan normal dan bantuan tiba.
Nota:Jika dada bayi anda tidak menunjukkan kenaikkan,objek tersebut masih menghalang laluan udaranya.Ulangi langkah 1-5 sehingga objek tersebut dikeluarkan atau bantuan tiba.
6.Walaupun anak anda kelihatan sihat selepas tercekik,bawanya berjumpa dengan doktor bagi memastikan halangan telah dialihkan.
Terlalu kecil untuk bayi:
Apabila bayi sudah merangkak,jauhkan beberapa objek seperti
- Duit syiling
- Bola kecil
- Guli skru
- Berlian
- Penutup Pen
- Bateri kecil
- Krayon
- Pin
- Mainan dengan bahagian yang kecil
Makanan yang Merbahaya
- Buah-buahan seperti tembika dengan bijinya,epal atau anggur
- Kacang menterga
- Gula-gula dan gula getah
- Biji kacang dan bunga matahari
- sayuran keras seperti carrot
- Daging dan keju
Untuk merendahkan risiko anak anda dari tercekik
- Kiasr makanan bayi anda sebelum menghidangkannya.untuk kanak-kanak,potong kesemua makanan ke saiz gigitan yang lebih kecil.
- Pastikan anak anda duduk semasa makan dan anda tidak tinggalkan dia berseorangan pada waktu makan.
- Jangan benarkan anak anda bermain dengan makanannya-ajarnya bagaiman untuk mengunyah makanan sebelum bercakap dan ketawa.
- Jauhi anak anda daripada tong sampah yang mengandungi barangan dapur seperti kulit telur atau penutup botol.
- Pilih mainan bagi usia yang sesuai dimana ia tidak mengandungi bahagian yang kecil.Jika anda mempunyai anak yang lebih tua,simpan mainan yang boleh menyebabkan tercekik.
Isyarat kemalangan
- Jangan biarkan anak anda berlari atau berjalan dengan objek tajam di dalam mulutnya.
- Tapi jika dah berlaku sesuatu seperti terdapat gula-gula,berus gigi atau pensel dalam kerongkongnya dan masih boleh bernafas,jangan cuba mengalihnya.Dengan mengubah posisi objek,anda boleh menyebabkan berlakunya pendarahan atau tercekik kepada anak.hubungi talian kecemasan dengan segera.
Begitulah yang dikongsikan untuk pengetahuan kita bersama..lepas ni kena lebih alert tentang apa yang di makan oleh naura,...
syukur takde apa2 yg teruk happen afterwards. have to be more cautious pasne..
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya selamat. Budak-budak memang berkenan sangat dengan benda-benda kecik ni.
ReplyDelete