Assalamualaikum
Rasanya dua tiga hari ni dok cerita pasal raya je kan..Maklumlah..raya tinggal beberapa hari lagi je ni..Semua pasal raya nak update..
source :google
Tak sabar nak balik raya weh!!
Tapi meh ni nak share sedikit perkara yang penting di musim perayaan ni..Yelah..Di musim perayaan ni,kalau boleh elak,elaklah cara pemanduan yang salah.Bukan apa,nyawa ni tak boleh ditukar ganti.Sekali takde,terus lenyap di muka bumi ni.Hah!! lagi pulak kalau driver,bawa banyak nyawa di dalamnya.
Kalau korang perasan bila dekat highway,nak pulak time jamed jalan,berlambaklah kereta yang amik lane kecemasan..Berdesup pegi dia..Kan ke bahaya tu.Biarlah si penunggang motosikal yang guna jalan tu,Kang kalau diorang guna jalan besar tu,dah payah pulak kan..Sebab tulah selagi boleh elak perkara yang menyalahi undang-undang tu,elakkan lah ye..Barulah beerti Hari raya kali ni.
Berikut adalah langkah keselamatan yang perlu kita patuhi ketika di jalan raya,terutamanya di musim-musim perayaan.
- Faktor cuai dan cuaca menjadi penyumbang utama kepada punca kemalangan tetapi sikap angkuh ketika memandu yang paling sukar di bendung.Nak jadi pengguna perlulah ada sikap kesabaran sedikit di jalan raya.
- Kemalangan akibat kecuaian memastikan penyelenggaraan kenderaan dipandu akan dapat dikurangkan jika setiap kita memahirkan diri dengan perkara asas mengenai keselamatan kenderaan bermotor.
- Sebelum memulakan perjalanan jarak jauh,pemandu hendaklah memastikan tahap brek,gear dan minyak berfungsi dengan baik
- Pastikan kapasiti minyak pada enjin,brek dan isi radiator kereta juga perlu dipastikan berada pada tahap yang selamat dan sempurna.
- Memandu dalam keadaan cuaca tidak menentu pula sering menjerat pemandu cuai dan gopoh dengan kemalangan.
- kemudahan jalan lurus,lebar dan mendatar pada lebuh-lebuh raya menyebabkan pemandu mudah lupa tentang bahaya cuaca buruk.
- Pastikan pemanduan anda sentiasa tidak melebihi had laju ditetapkan bagi mengelak daripada menyusahkan pengguna lain.
- Memandu dalam hujan lebat atau renyai-renyai banyak menimbulkan kemalangan kecil tetapi boleh dielak jika kenderaan anda pastikan mempunyai tayar yang baik,lampu depan,belakang dan lampu isyarat serta lampu brek berfungsi dengan terang.
- Pastikan cengkaman brek pada tahap maksimum dan pengelap cermin(wiper) berfungsi dengan sempurna paling penting bagi setiap kenderaan dalam hujan atau cuaca buruk.
- Jika hujan lebat,pastikan anda menjarakkan pemanduan pada kedudukan 1-2 buah kenderaan di hadapan jika bergerak pada kelajuan 40 kilometer sejam.
- Jarakkan 2 hingga 3 kenderaan antara kereta anda dngan kereta di hadapan jika memandu pada kelajuan 70 kilometer sejam dalam hujan lebat.
- Lampu hadapan hendaklah sentiasa dihidupkan dan stereng dipegang dengan kuat ketika merempuh air bertakung.
- Elakkan daripada memasang lampu blok kecemasan kerana ia menyilaukan pemandu lain terutama yang datang dari hadapan serta boleh menyebabkan kemalangan.
- Berhenti di tempat selamat dan jauh daripada laluan utama jika peralatan kecemasan pada kereta kurang berfungsi atau penglihatan anda kurang jelas.
- Kemalangan walaupun kecil,tetapi melibatkan masa dan kewangan kerana bukan sahaja kenderaan terpaksa diheret ke bengkel,tetapi anda juga mesti mebuat laporan polis untuk tuntutan insurans.
- Jika terpaksa memandu mengharungi air seperti banjir kilat,pastikan kenderaan yang diguna tidak mengalami kebocoran tertuama di bahagian bawah dan semua pintu mempunyai kedapan yang baik.
- Untuk membolehkan kenderaan meredah banjir kilat dengan selamat,anda hendaklah memberikan laluan kepada kenderaan berat terlebih dahulu supaya dapat menganggar ketinggian paras air melalui had tinggi tayar kenderaan berkenaan dengan keupayaan kereta anda.
- Air boleh diredah jika didapati air parasnya bawah satu kaki dan pandulah seperlahan yang mungkin sehingga melepasi kawasan dinaiki air menggunakan gear 1 atau 2 bagi mengelak percikkan air membasahi ruang enjin
Petua utama yang menjadi pemandu berhemah,selalulah mengamalkan sikap sabar,prihatin dan bertanggungjawab.
sumber:utusanmy.
hati2 di lebuh raya.. ehe
ReplyDeletesaya pun tak sabar dah nak balik raya ni
ReplyDeletetahun ni turn saya di pahang...syok wei! hehe
anyway nice tips
kena share dengan mychintahati =)
Ye, berhati-hatilah di jalan raya...biar lambat jgn terhambat..
ReplyDeleteKalau semua otang berhati-hati kungkin kemalangan dapat dielakkan..kami balik raya dekat je..lebih kurang sejam dua perjalanan.tu pun kena amalkan pemanduan berhemah la kan
ReplyDeleteWalaupun kg kakak dgn abang tak jauh mana tapi tetap semua ini kena ambil kira juga.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin dari kakak
InshaAllah, moga lebih segar kan memandu ni, jika termenguap tu eloklah berhenti kan.. betul, kena sabar, sebab srmua nak cepat sampai. Selamat hari raya, maaf zahir batin :)
ReplyDelete