Assalamualaikum
Memang bab ni,Naura sangat suka sangat untuk diganggu..Pantang nampak umi atau babah dia solat,mesti dia dulu yang duduk atas sejadah..Moga sehingga ke besar la minat dia kat sejadah..Senang sikit nak mengajar dia bersolat.
Macam kakak fiyah dulu,masa rumah lama,senang sikit..Nak solat naik rumah atas.Tapi bila Naura,aku tutup pintu bilik je dia dah mula dok ketuk-ketuk pintu suruh bukak.yang tak tahan tu siap berlagu lagi nak suruh bukakan pintu..
Sama juga bila babah dia solat,dari aku dudukkan dia atas katil,masa tu lah dia sibuk nak ke tempat babah..sabar jelah umi ni kan...Kalau dia yang jenis duduk diam,boleh juga letakkan kat tepi bila solat..Tapi bila dia sibuk pulak nak duduk sekali kat sejadah..acane pulak kan kita nak solat.
Adakalanya kalau aku nak solat atau husband aku nak solat,bila takde salah satunya payah jugak kan.Nak dibiarkan kat luar ,takut pulak.Mana tau dia makan benda-benda yang tak diingin..cabut suis ke ape ke...Tapi so far,rumah aku dekat ruang tamu memang takde suis kat bawah,kecuali di dalam bilik..Takpun dia masuk dalam bilik air..uishhh..tu semua boleh jadi kalau kita lalai kan.
Kekadang terpaksalah ada salah sorang di sisi dia..Dah solat tu pun tertangguh...Tapi ni just untuk sharing dengan korang..Info ini juga adalah untuk tuan punya badan.Kita perlu tahu islam adalah agama yang sangat indah dan memudahkan penganutnya..So,bila kita berada di dalam situasi seperti ini,ada beberapa langkah yang perlu kita lakukan tanpa melengahkan solat.
1.Dibolehkan bersolat sambil mendukung bayi.
Dalam keadaan tertentu,kita dibolehkan untuk mendukung bayi semasa solat sama ada yang menjadi imam,makmun atau solat bersendirian.Tetapi mestilah mematuhi syarat-syaratnya seperti
- Bayi bebas dari najis.Tukarkan lampinnya sebelum mula solat
-Kawal pergerakkan anggota besar sebanyak tiga kali berturut-turut.
-Pastikan dada sentiasa menghadap kiblat
-Melakukan hanya dalam keadaan yang benarbenar memerlukan sahaja dan bukan hanya suka-suka.
2.Dibolehkan melakukan pergerakkan sekiranya bayi melakukakn sesuatu yang bahaya.
Sekiranya semasa solat anak anda melakukan sesuatu yang bahaya atau berada jauh daripada tempat solat anda,dibolehkan melakukan pergerakkan anggota yang besar tidak lebih tiga kali.
Contohnya ,boleh melangkah ke hadapan,ke sisi atau ke belakang dengan syarat pergerakan besar tidak melebihi tiga kali berturut-turut.Hanya pastikan dada masih lagi dalam keadaan menghadap kiblat sertai tidak bercakap.
Daripada abu Qatadah katanya:-
'Bahawa nabi sallahu alaihi wassalam solat,sedang cucunya umamah puteri Zainab(iaitu anak perempuan Nabi sallallahu alaihi wasalam)berada di atas belakangnya,Apabila nabi sallahu alaihi wassalam rukuk,diletakkan cucunya itu.dan apabil baginda berdiri daripada sujud,diambilnya pula dan diletakkan kembal di atas belakangnya semula
3. Dibolehkan mempercepatkan solat ketika bayi sedang menangis.
Apabila anak kecil anda menangis sehingga boleh merisaukan anda maka dibolehkan untuk mempercepatkan solat. Ada hadis yang membuktikan Rasulullah SAW turut memendekkan solat apabila terdengar tangisan bayi.
Terdapat sebuah hadis Qatadah bahawa Anas Bin Malik menceritakan kepadanya:
Bahawa Nabis SAW bersabda: "Sesungguhnya aku berminat untuk memperpanjangkan solat. Tiba-tiba aku mendengar tangisan seorang anak lalu aku memendekkan solat itu kerana aku mengetahui besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisannya."
Bolehkah membatalkan solat sekiranya anak mengganggu solat kita?
Sebenarnya kita tidak boleh sesuka hati membatalkan solat kecuali disebabkan faktor keuzuran. Bagaimanapun ia dibolehkan sekiranya melibatkan kebimbangan terhadap keselamatan diri sendiri, harga atau menyelamatkan nyawa orang lain. Bahkan jika ada keinginan untuk membuang angin atau buang air, kita dibolehkan membatalkan solat.
Sesemangnya Islam agama yang indah dan sempurna. Dalam memastikan umat Islam tetap mendirikan solat dengan sempurna ia tetap menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang berhadapan dengan situasi tertentu terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Daripada contoh-contoh yang diamalkan oleh Rasulullah SAW seperti diceritakan dalam beberapa hadis sahih jelas membuktikan betapa Baginda tetap menyayangi anak-anak kecil sehingga di dalam solat pun Baginda meraikan telatah mereka.
Semoga kita mampu menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak melalui amalan solat dan dalam masa yang sama mencontohi akhlak Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak semasa dalam solat.
Mana tau lepas ni kita boleh ikut cara baginda bersembahyang seperti itu kan..Selalu masa doa je baru ambil dia duduk diriba..
Alhamdulillah..Kak awfiyah sekarang ni pun rajin guna telekung dan bila dengar azan je..terus nak solat..Moga menjadi anak yang solehah ye sayang.
sumber: pama
samalah.. Zhafran pun kalau kita solat time tu lah nak pegang2, nak duduk pangku.. biarkan jer..
ReplyDeletehehehe.. comel jer.. teringat time jga anak buah dulu. camtu ar.. tiap kali nk solat mesti dia kacau... hehehe
ReplyDeletebgs info ni kak.
ReplyDeleteMoga anak2 kita akan menjadi anak yg soleh dan solehah ... amin
ReplyDeleteGood info.. Selamat berpuasa!
ReplyDelete