Assalamualaikum
Lagi beberapa hari nak raya ni kan..Hoii..semangat raya kali ni membuak-buak weh!! Bukan sebab tak sabar nak pi beraya,tapi sebab nak pakaikan anakanda kedua tu baju raya,berkumpul bersama kerana ini adalah tahun pertama mereka beraya berdua.Yelah,tahun lepas si anakanda naura tu masih dalam perut lagi.kakak je lah yang beraya sorang.Jadi tahun ni,semangat sikit beraya dengan adik dia..
Hari raya ni memang tak sah kan kalau tak de ketupat..Korang lebih suka makan ketupat segera atau ketupat dari daun kelapa.Kalau korang nak tahu,aku lebih sukakan ketupat daun kelapa kerana dia ada satu keistimewaan dari segi rasa,keistimewaan dari anyaman ketupat tu jugak..hahaha...ada kena mengena ke tak kan..
Siapa pandai anyam ketupat sila angkat tangan!! aku????????????? rasanya my ayah tu dah naik bosan sebab setiap kali raya ,mesti kena ajar anak dia anyam ketupat.Tangan tak berseni memang payah nak masuk otak..Last-last dia anyam sensorang dia je..Anak dia entah lari kemana...hahahha...akulah tu.
Sebenarnya kalau tengok orang dok anyam ketupat kan,macam senang!semudah abc je..Tapi bagi mereka yang baru belajar ni,uiisshhh..sangat susah sebab berbelit-belit..salah belit,mau jadi tergulung ketupat tu...
Hah..ni aku dok godek-godek google dan dapatlah hasil pencarian bagaimana cara mudah anyam ketupat.
Nampak senang kan..aku berazam tahun ni aku nak cuba jugak buat sampai berhasil..sebelum ni kalau lepas ayah aku buat,aku just cantik-cantikkan lah daun ketupat tu agar beras tak terkeluar nanti..
Tapi korang tau tak,ketupat ni ada beberapa jenis anyaman ketupat
Ketupat bawang
Ketupat satay
ketupat burung
ketupat palas
ihsan gambar google
Aku rasa ada banyak lagi kot jenis ketupat..Tapi yang selalu ayah aku anyam adalah ketupat bawang dan ketupat satay..Tapi selalunya kitorang campur jugak dengan ketupat segera.Kalau ketupat anyam tu selalunya buat dalam 100 je..Tak banyak..
Korang macam mana...pandai dak anyam ketupat...
Kakak dah angkat tangan sebab bukan nak puji diri tapi memang kakak tiap tahun buat ketupat anyam ni. Dua-dua jenis bawang dan satay kakak boleh buat. Sebenarnya senang eda. Satu tu ekor daun atas, satu lagi ekor daun seiring. Hmmm... pakai cakap susah. nak kena pegang dan tengok juga baru boleh jadi:)
ReplyDeletePart anyam ketupat ni memang kerja akak Eda..
ReplyDeleteBukan setakat anyam .. kena masuk beras dalam ketupat tu lagi..
Senang sebenarnya menganyam ketupat ni eda..
Akak mula belajar masa sekolah rendah lagi :)
Hehe tak pandaiiiii. Masukkan beras tahu lah heheheh
ReplyDeleteKaknoor kalau ketupat palas oklah
ReplyDeleteTpi yg lain mmg serender lah
Dulu zaman sekolah dah belajar dan pernah anyam ketupat ni... tapi, sekarang boleh lupa langsung la... adehh... kena belajar balik ni...
ReplyDeletestkt ni xpnh anyam ketupat..ahahaha
ReplyDelete