Assalamualaikum
Siapa ada masalah nak potong kuku anak?Agak-agaknya bila masa yang sesuai untuk potong kuku anak kita.Kalau si naura ni,selagi dia tak tidur memang tak boleh nak memotong kukunya.
source:google
Kalau potong kuku masa dia sedang bermain atau duduk sahaja,memang takkan siaplah nampaknya.Satu lagi dia memang susahhhhhhhhh sangat nak potong kuku.Ada je yang dia buat.Memang risau kan kalau dah tercepit isi tu,mau dia menjerit.
Sebenarnya ada beberapa panduan seperti di tulis di sini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan kita mencederakan anak ketika memotong kuku mereka.Kuku bayi yang baru lahir kuku mereka akan cepat panjang.begitu juga dengan Naura.Rasanya setiap minggu aku potong kuku dia..Tapi tiga atau empat hari kemudian,mesti akan terasa dia mencekau kita..Sebab tu kita kena perlu kerap memotong kuku anak ni.
Sebelum memotong kuku bayi,jom ikuti panduan di bawah ni.
1. Sentuh jari bayi
Sebelum memotong kuku bayi, sentuhlah jari jemarinya untuk memberi rasa selesa dan mood yang baik.
2. Waktu yang sesuai
Bagi memudahkan memotong kuku, potong kuku bayi selepas memandikannya. Ketika ini kuku bayi masih lembut dan ia memudahkan untuk anda memotongnya dengan selamat.
3. Cara memotong
Mulakan memotong kuku pada tangan kanan dahulu. Ketika memotong kuku, pegang tangan bayi, arahkan jemari tangannya ke depan untuk mengelak daripada terkena alat pemotong. Tahan perlahan-lahan buku jarinya agar kuku mengarah ke atas. Kemudian lakukan perkara yang sama pada tangan kiri. Kuku bahagian kaki juga mesti dipotong. Lakukan perkara yang sama pada kaki kanan dan kiri.
4. Gunting khas
Gunakan gunting pemotong kuku bayi yang tajam, hujung bundar dan selesa. Jangan memotong menggunakan gunting terlalu dekat kerana ia mengundang bahaya sehingga boleh mengakibatkan luka terjadi. Jangan menggunakan pemotong kuku orang dewasa untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada kuku bayi.
5. Basuh atau lap tangan dan kaki
Setelah selesai memotong kuku tangan dan kaki, basuh dengan air atau lap menggunakan air bersih. Ia bertujuan membersihkan kekotoran yang melekat pada hujung kuku tangan dan kaki.
6. Kekerapan memotong
Sekurang-kurangnya potong seminggu sekali jika kukunya kelihata agak panjang dan potong kuku kaki sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Kalau bayi tu mungkin dia boleh lagi di potong semasa dia berjaga.Tapi bagi bayi seusia Naura,memang aku syorkan potong kuku masa dia tidur.Itu lagi selamat..lagi satu masa dia sedang menyusu.Waktu tu rasanya boleh la dilakukan kerana dia sedang syok menyusu..
Harap tips ni berguna untuk aku dan mereka yang membacanya di masa akan datang.Mana tau nak tambah anak lagi..bahaha...
KALAU KETIP JE DGN KETIP KUKU ORG DEWASA TU TKPE KAN?
ReplyDeletegood tips though :D
ReplyDelete