Assalamualaikum
Pernah tak dengar "dari mata turun ke hati"..ececeh..kalau tak ,takdelah namanya cinta pandang pertama.kan..kan..siapa taknak mata nampak cantik..Peranan mata tu banyak tau..jangan tak tau..
Tapi kalau dah mata sebijik mata panda macam mana orang nak terpikat..heheheh..kalau orang tengok pun,mesti dalam hati dia bertanya pasal mata kita yang macam panda tu.
Kalau dari segi make up pun,kita banyak touch up bahagian mata kan..Tanyalah tukang solek kat mana-mana,mesti diorang akan cakap,diorang akan extra touch up bahagian mata..Betul ke tidak!!Betulkan kalau akak ni salah dik non!!
Mata yang jelita dan menawan ni sering menjadi idaman setiap wanita, tetapi malangnya dalam kesibukan tugas seharian,penjagaan mata sering sahaja diabaikan.Kita sering menggunakan pelbagai jenis produk untuk mengembalikan kesegaran dan menyerlahkan keayuan mata kita walau tidak semuanya boleh mencapai matlamat yang kita inginkan,atau terdapat cara yang lebih mudah dan menjimatkan untuk mencapai matlamat tersebut.
Entry ini hasil pembacaan disini ,berkongsi pembongkaran rahsia untuk mata kelihatan segar melalui pelbagai teknik termasuk penjagaan semulajadi,senaman mata dan teknik penggunaan make up untuk mata.
Tips penjagaan mata agar kelihatan segar dan jelita
1. Kebersihan
Kecantikan mata bermula dengan penjagaan kesihatan yang betul. Pastikan mata anda kekal bersih dengan membasuh dengan air, terutamanya selepas menggosok dengan tangan kerana bakteria atau kuman pada tangan anda mungkin boleh mengakibatkan jangkitan penyakit pada mata anda.
2. Alkohol dan merokokAlkohol (pada arak dan minuman keras) dan rokok boleh memberi kesan negatif kepada mata anda, oleh itu jauhi daripada tabiat buruk yang boleh merosakkan mata anda. Alkohol mengganggu peredaran darah dan memberikan kesan buruk kepada kapilari mata yang halus menyebabkan mata kelihatan merah. Merokok menyebabkan tubuh anda kekurangan oksigen dan kekurangan oksigen dalam darah akan mempengaruhi retina mata dan mengakibatkan kerosakan pada saraf mata. Ini juga disebabkan oleh pengurangan vitamin B12 dalam tubuh anda akibat merokok. Satu lagi kesan daripada tabiat merokok adalah penuaan sebelum masa (premature aging) yang mengakibatkan kedutan dan garis-garis halus kelihatan pada mata anda.

3. Kekeringan dan radiasi
Kekeringan mata boleh diakibatkan oleh pendedahan kepada panas matahari yang terik dan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan stres kepada mata anda. Lindungi mata anda daripada cahaya matahari. Kacamata gelap sahaja tidak mencukupi kerana anda perlukan kacamata gelap yang memberi perlindungan daripada pancaran ultra ungu (ultraviolet / UV ray). Sekiranya anda menggunakan komputer, berikan masa rehat untuk mata anda setelah tempoh tertentu bagi mengelakkan stres kepada mata anda dan kelihatan letih. Gunakan penitik mata untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran mata anda (tetapi jangan gunakan secara berlebihan).
4. Bersihkan make-up sebelum tidur.Meskipun make-up adalah penting bagi wanita zaman ini, namun ia mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan mata (dan kulit) jika dibiarkan terlalu lama pada muka anda. Pastikan anda membersihkannya sebelum tidur
5. Kanta lekap (contact lense)Sama ada untuk kecantikan atau kemudahan, kanta lekap telah menjadi trend masakini, namun penggunaannya masih terbatas kepada masa-masa yang terhad sahaja. Sentuhan kanta lekap pada mata anda menyebabkan penjagaan yang rapi bagi mengelakkan jangkitan kuman kepada selaput mata anda. Pastikan tangan dan kanta lekap benar-benar bersih (mengikut arahan yang diberi) semasa mengaplikasi penggunaannya di samping mengelakkan penggunaannya melebihi 12 jam (atau arahan mengikut kanta lekap anda)

6. Pemakanan dan nutrien
Pemakanan yang sempurna dan sihat memastikan zat dan vitamin yang cukup diterima oleh mata anda untuk kelihatan sihat dan bermaya. Antara vitamin dan mineral yang diperlukan oleh mata anda adalah zink, magnesium dan vitamin-vitamin seperti A, C, E dan B yang boleh didapati dari makanan yang bernutrien termasuk sayuran dan buah-buahan, dan makanan rendah lemak. Menurut pakar opthalmologi, lobak merah mengandungi beta karotene yang bagus untuk penglihatan, di samping antioksida di dalam sayuran-sayuran yang lain seperti bayam dan brokoli. Dapatkan nasihat dari doktor atau pakar mata anda untuk memastikan pengambilan pemakanan yang sempurna dan sesuai dalam penjagaan mata anda.
7. Rehat yang cukup
Bagaimana sibuk sekalipun anda dengan kehidupan seharian, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi (lebih kurang 8 jam). Rehat yang cukup mengembalikan kesegaran tubuh dan mata anda, di samping mengelakkan stres di dalam kehidupan yang boleh mengakibatkan mata kelihatan lebam dan lesu.
8. Masalah bengkak di bahagian bawah mata (eye bag)Meskipun ia bukan satu masalah yang serius, tetapi kehadirannya membuat anda kelihatan berumur, lesu dan kurang bermaya. Antara puncanya adalah kehilangan kolagen pada kulit anda menyebabkan keanjalan yang berkurangan dan selaput bawah mata menjadi kendur dan kelihatan membengkak. Anda boleh mengatasi masalah ini dengan mendapatkan rehat yang cukup, mengekalkan kesegaran mata (seperti menggunakan hirisan timun pada mata anda selama 10 minit sebelum tidur) dan menggunakan krim sapu yang sesuai (mengandungi retinol dan vitamin E) pada bahagian yang bermasalah
9. Berjumpa dengan doktor atau pakar mata anda
Jadikan tabiat untuk membuat pemeriksaan mata anda setiap tahun untuk memeriksa kesihatan mata anda di samping bahagian-bahagian lain pada tubuh anda. Sekiranya anda menggunakan cermin mata, anda boleh menjalani pembedahan lasik untuk membetulkan fokus mata anda. Anda boleh dapatkan nasihat doktor atau pakar mata anda bagi memastikan ianya sesuai untuk anda.

Senaman untuk mata
Antara tujuan membuat senaman untuk mata anda adalah:
- memperbaiki koordinasi otot mata bagi mengelakkan kecacatan akibat tekanan stres ke atas mata anda
- merehatkan mata anda selepas aktiviti yang meletihkan otot-otot pada mata anda seperti selepas menggunakan komputer dengan jangkamasa yang panjang
Perhatian:
Adalah perlu untuk merujuk kepada pakar mata anda bagi memastikan kesesuaian senaman ini untuk mata anda terutamanya sekiranya anda mengalami masalah mata atau sekiranya senaman ini memberi kesan seperti rasa sakit kepada anda.
A. Latihan FokusLatihan ini memerlukan anda duduk dengan selesa di atas kerusi dengan tempat bersandar untuk sokongan belakang anda dan sesuai untuk tempat kerja anda juga. Ia dikatakan dapat menambah fokus anda dan tempoh anda dalam keadaan fokus, di samping mengurangkan masalah rabun dekat kepada mata anda.
Selepas 20 minit anda melakukan aktiviti yang menambah stres ke atas mata anda (seperti melihat skrin komputer), lakukan aktiviti berikut:

1. Lemparkan pandangan anda ke tingkap atau ke luar bangunan, kepada objek yang berada 15-20 kaki jauh dengan tempoh 13-20 saat. Ulang sebanyak 2-3 kali sebelum kembali kepada kerja anda.
2. Tegakkan jari atau pegang pen / pensil di hadapan anda dengan meluruskan lengan. Kemudian gerakkan ke arah hidung dengan pergerakan lurus, sambil mata anda tertumpu kepada jari atau pen / pensil tadi (rujuk gambar). Ulangkan sebanyak 5-10 kali setiap latihan dan 2-3 kali setiap hari
3. Pegang pen / pensil rapat dengan mata anda dan fokuskan selama 5 saat. Kemudian fokus pandangan anda kepada objek jauh (10 kaki dari anda) selama 5 saat. Kemudian fokus semula kepada pensil tadi. Ulang sebanyak 5 kali
B. Latihan regangan
Latihan ini bertujuan memperbaiki koordinasi otot-otot mata. Pastikan kepala anda dalam keadaan tidak bergerak (statik) dan pergerakan hanya melibatkan pandangan anda sahaja
1. Tumpukan pandangan kepada kening anda dan gerakkan pandangan anda dalam bentuk bulatan mengikut arah jam. Ulangkan 2-3 kali. Kemudian tukar arah (lawan jam) dan ulangkan 2-3 kali.
2. Tumpukan pandangan anda ke kiri selama 5 saat. Kemudian tukar pandangan ke sebelah kanan selama 5 saat lagi. Ulang dengan pandangan ke atas dan bawah dengan teknik yang sama
C. Latihan merehatkan mata
Tujuan latihan ini adalah untuk merehatkan mata anda selepas penggunaan mata anda yang berterusan. Latihan ini boleh dilakukan semasa anda duduk tegak atau berbaring.
1. Gosok kedua-dua telapak tangan anda sehingga agak hangat. Kemudian tutup mata anda dan tekap telapak tangan anda ke dua-dua belah mata anda dengan menutup sepenuhnya mata anda tanpa menekan (lihat gambar). Biarkan dalam keadaan demikian - iaitu anda tidak melihat apa-apa hanya kegelapan - selama beberapa minit sambil anda bernafas dengan perlahan
2. Tutup mata dan urut perlahan mata anda dengan gerakan pusingan (bulatan)
3. Gunakan penutup mata yang tebal dan tutup mata anda selama 3-5 minit supaya anda tidak dapat melihat sebarang cahaya (gelap pekat) sambil bernafas secara perlahan dengan menarik nafas yang dalam
(Sumber: Steadyhealth.com)

Gunakan make up yang sesuai untuk mata anda
Penjagaan secara semulajadi di samping penggunaan alat kosmetik yang bersesuaian dengan mata anda dan keadaan dapat menyerlahkan kecantikan mata anda.
Antara perkara yang perlu anda beri perhatian:
1. Foundation dan concealer
Ratakan ke seluruh muka anda termasuk bahagian mata agar kelihatan sekata dan menutup lebam mata anda (jika ada)
2. Eyeliner
Gunakan sepenuhnya pelbagai jenis yang ada (cecair, pensil dan lain-lain) untuk mendapat efek yang anda ingini. Letakkan pensil eyeliner anda di dalam peti sejuk sekiranya ia terlalu lembut. Gunakan span untuk mendapatkan efek warna tipis
3. EyeshadowPilih warna yang bersesuaian agar warna mata anda akan terserlah.
Pebagai jenis mata memerlukan penggunaan kosmetik yang berlainan untuk mendapatkan hasil yang sesuai. Ini termasuk jenis-jenis mata yang kecil, besar, terkedalam, lebar, bulat dan sepet (asian)
4. Bulu mata dan maskara
Bulu mata yang panjang akan membuat mata anda kelihatan lebih segar dan bermaya. Terdapat pelbagai jenis maskara termasuk kalis-air dan kalis-comot untuk membolehkan penggunaan yang lebih lama dan lebih lasak mengikut keadaan.
Kalau ada masa terluang,apa kata kita sama-sama buat..Mungkin mengambil masa yang sedikit,tapi apa salahnya kan untuk mata kita jugak..
Tetiba aku lupa bila last aku beli contact lens ni..hehehe...maklumlah beli yang sebulan sekali punya.
eyebag tu lah masalahnya ... huhuhuuu
ReplyDeletemataku mata panda..samalah kita..contact lens beli sebulan sekali..kadang-kadang tak beli pun..
ReplyDeleteSally paling susah nak bersihkan make up..Ya Allah, malas gila! kekeke
ReplyDeleteteringin dulu aida lama jugak pakai cntact lens.
ReplyDeletenow da balik ke spec. sejak dpt infection teruk dek cntct lens :)
biasakan mkn carrot mentah
ReplyDeletesy selalu berjanji dgn dr sy "Hsna janji xkan pakai contact lens, cemin mta je cukup" ngee..seram la tgk org bukak contact lens..
ReplyDeletethanks sharing...bagus ni..hehehe nak cuba nanti
ReplyDeletegood sharing !
ReplyDelete