Assalamualaikum
Selamat bercuti korang.Seronoknya bercuti.Entry ini di taip dan telah dischedulekan kerana puan blog bercuti..Haruslah ketepikan segala gadget bila bercuti ni..Bukan hentikan terus,cuma perlu dikurangkan untuk merasai mood bercuti kan..Memang tak dinafikan,bila aku bercuti ni,penggunaan gadget memang dikurangkan kerana fokus dengan anak dan sekeliling.Itu adalah penting.lagi bila ada anak kecil yang perlu di pantau keberadaannya kan..Itu Harus!!
Emmm...Bila ada waktu bermain dengan anak ni,apakah bentuk mainan yang selalu korang ambil kira? Adakah keserasian dengan permainan tu..atau macam mana..Apa pula bentuk mainan yang sesuai dengan anak kita mengikut umurnya kan?Dari pembacaan aku disini,ada beberapa Tips memilih Mainan untuk Bayi.Harap korang tak boring baca entry berkisarkan tentang anak-anak ni..
Tahukan anda mengapa alat permainan dicipta mengikut usia bayi? Ia bukan sekadar alat permainan untuk suka-suka sahaja.Tetapi alat permainan dicipta bertujuan untuk memberi manfaat kepada perkembangan motorik halus dan kasar bayi.
Namun sebelum membelikan mainan untuk si kecil, pastikan anda tahu apa fungsi alat permainan itu. Pilih alat permainan yang sesuai mengikut usia bayi anda dan bukan kerana anda suka akan mainan tersebut. Ini kerana setiap fasa perkembangan anak adalah berbeza.
Alat permainan yang disarankan adalah yang sesuai dengan usia dan bermanfaat untuk keperluan perkembangannya. Antara contoh alat permainan yang sesuai untuk bayi berusia enam hingga 12 bulan adalah seperti berikut.
- Stacking rings
Alat permainan ini sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas. Dengan permainan ini, anak belajar menyusun alat tersebut mengikut saiz bentuk daripada kecil hingga besar dan warna yang berbeza. Anak akan belajar untuk memegang dengan betul, memutar objek dan melatih otot jari tangan. Selain itu, mainan ini juga melatih konsentrasi, mengenal warna dan belajar konsep saiz objek yang berbeza. Sebaiknya ibu bapa berada di sisi anak ketika dia bermain agar dia boleh belajar dengan bantuan anda.
- Shape sorting bus
Alat permainan memasukkan pelbagai bentuk seperti bintang, bulan, bulat, bujur, kotak ke dalam objek bas yang menyediakan lubang mengikut bentuk tersebut juga sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas. Ia membantu bayi belajar merangkak kerana ketika anak menggerakkan kenderaan tersebut maka dia boleh belajar merangkak sambil bermain. Selain itu ia turut membantu melatih koordinasi mata dan tangan. Bahkan anak belajar mengenal bentuk kerana ia perlu mencari saiz lubang yang sesuai untuk memasukkan objek bentuk tersebut.
- Light and sound walker
Ada pelbagai bentuk alat permainan yang boleh membantu bayi belajar berjalan. Penggunaan baby walkeradalah tidak disarankan oleh kebanyakan pakar pediatrik kerana sebenarnya ia langsung tidak membantu anak belajar berjalan. Jadi anda boleh membelikan alat permainan ini untuk membantu anak belajar berjalan sambil bermain. Mainan ini sesuai untuk bayi berusia sembilan hingga 12 bulan ke atas. Dengan alat permainan ini, anak bukan hanya belajar berjalan tetapi juga menolak, duduk, membongkok dan melatih jari tangan untuk memutar dan memasukkan objek.
Selain dari bermain 3D flashcard,aku ingin nak membiasakan dia dengan buku..Perlu membeli beberapa buku keras supaya dapat membiasakan diri dengan buku.Bila dah terbiasa nanti,barulah dapat dipupuk minat buku sehingga besar kan.wallahualam..Moga dipermudahkan segalanya.
budak2 memang sukalah dapat mainan
ReplyDeletekalau saya,cuti tetap kena online..
ReplyDeletebegitulah pemilihan yang seeloknya kan..thanks tip
betul tuu,,time cuti perlu kurg lah dgn gajet..masa utk family lebih...nice tips..sebb mainan perlu sesuai dgn usia
ReplyDeletenice tip..baru tau nk pilih mainan pun ada tips ye..=)
ReplyDelete