Assalamualaikum
Umi yang terlebih excited bila anak dah mula pandai nak berjalan ni kan..Emmm..Nampaknya umi kena cergaskan lebih la fizikal.Kalau dulu,kakaknya dah tau macam mana agresifnya dia bila dah dapat kaki ni,Ini adik dia pulak.
Sekarang ni,mesti nak cari tempat untuk dia berdiri..Bila dah berdiri,mulalah dia akan lepaskan tangan dari tempat berdiri tu contohnya almari dan katil.Mula-mula lepas sebelah tangan je,lepas tu barulah sebelah pulak.Kalau kakak dulu, dia boleh berjalan masa dia berumur setahun tiga bulan.Lambat sikit,mungkin dia tumbuh gigi dulu.Kata orang ,bila tumbuh gigi dulu,lambat jalannya..
Sebenarnya ada beberapa tips yang aku ada baca di artikel ini,tentang amalan membantu bayi anda meningkatkan kemahiran berjalan.Jom kita ikuti tips ini.
2. Sebaik bayi menguasai kemahiran merangkak, rangsang dia untuk belajar melangkah pula dengan memegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.
3. Walaupun si kecil sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuan tetapi dia memerlukan bantuan untuk duduk. Ajarnya cara duduk yang betul supaya dia belajar daripada pengalaman.
4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. Anda boleh menggalakkan bayi berjalan sambil memegang kedua-dua tangannya
6. Sentiasa berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak lagi untuk langkah demi langkah.
7. Apabila anda mengajar anak berjalan, jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan
8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau berumput. Kerap berjalan berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan. Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.
Rasanya walker aku gunakan bila aku sibuk buat kerja je.Lepas tu aku biarkan dia kat luar.Di rumah pengasuh pun aku tak menggunakan walker.
Nampaknya meriah lah nanti raya ni kan.boleh la dia berjalan berpimpin tangan dengan kakak dia..heee.Nampaknya umi sekali lagi rasa excited.
Melihat perkembangan anak mestilah exited Eda
ReplyDeleteApa lagi part nak berjalan ni semua org menanti:)
assalamualaikum ida...seronoknya dah mula nak berjln dah...
ReplyDeletepersiapan raya dah start ke kak? :)
ReplyDeletegram lak tgk dia.. comel benor..
ReplyDeleteyes naurah dah pandai jalan..
ReplyDelete