Assalamualaikum
Alhamdulillah..masih lagi diberi peluang untuk menyambut Israk Mikraj dengan penuh keberkatan pada tahun ni.Walaupun negara kita sekarang berdepan dengan kejadian El-nino,kita masih lagi diberikan udara untuk kita terus hidup.
Selamat menyambut Israk & Mikraj 2016.ramai yang berpuasa hari ni kan...Banyak peluang untuk kita rebut di dalam bulan rejab ni.
source:google
Bulan Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam islam, setiap umat Islam pasti menantikan bulan ini setiap tahun dimana pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang mengemparkan serta menakjubkan fikiran , iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk dan mikraj bermaksud perjalanan Nabi Muhammad saw pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia serta menjelajahi 7 lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam itu juga.
Peristiwa Israk dan Miraj yang dialami sendiri oleh Nabi saw dengan jasad dan tubuhnya adalah satu peristiwa ghaib yang mustahil dapat dijangkau oleh alam pemikiran manusia. Ia dikatakan luar biasa kerana kejadian tersebut dilalui oleh Nabi Muhammad saw dalam waktu yang singkat cuma memakan masa 1/3 malam.
Banyak peristiwa yang dialami dan banyak permandangan yang dapat dilihat oleh baginda Rasullulah saw terutamanya kenikmatan syurga dan juga berbagai bentuk penyeksaan di dalam neraka.
Sehubungan itu, Umat Islam perlu yakin dan percaya bahawa peristiwa Isra' dan Mikraj berlaku tanpa pengetahuan Nabi Muhammad SAW dan pengembaraan ini berlaku ketika baginda dalam keadaan sedar dan tidak ditidurkan.
sumber disini
salam israk mikraj puan
ReplyDelete