Assalamualaikum
Noramah bt abd hamid..Nama ibu yang telah melahirkan aku.Walaupun masa kecil,akulah orang yang banyak menyusahkan dia.Sebab apa,sebab aku terlalu banyak menghabiskan masa dia menjaga aku sebab masa aku kecil,paling banyak penyakit..Akulah orangnya..Mana kena alahan,mana lagi kena masuk wad selalu..Mana nak dengar rengekan aku.Semuanya dia yang tanggung.
Mana lagi adik-adik yang lain,yang perlukan perhatiannya.Dia seorang yang tanggung..Ayah telah kembali ke rahmatullah semasa kami sedang membesar.Masih teringat zaman kecil kanak-kanak kami.Masa kecil dah di tinggal.Walaupun kami duduk di felda ,ada hasil dari felda,tapi tetap tak cukup untuk menyara kami.Yelah,felda dulu bukan macam felda sekarang.zaman dulu pula,bukan zaman sekarang.alhamdulillah..lebih baik dari dahulu.
Masa kami kecil,kami ditinggal dirumah,manakala mak keluar bekerja.Nasib baiklah abang sulung pandai menjaga adik-adiknya.Emak tak pernah mengeluh untuk membesarkan kami.Walau keadaan orang sekeliling memandang sinis dengan title seorang janda(balu actually).Yelah,masa ayah meninggal,mak masih muda lagi.Jadi mak-mak diluar sana,takutlah lakinya dikebas orang.
Tapi itu cerita lama,cerita kami..tak perlu aku nak ceritakan lebih details pasal tu.cuma aku nak tekankan,mak seorang yang kuat,mak seorang yang tabah.Mak dah harungi pelbagai jenis cabaran.Mak dah lalui pelbagai jenis makian.Tapi aku tau,dia seorang yang kuat!! Aku rasa aku pun takkan jadi setabah dia ,sehinggalah sekarang.
Walau tak boleh nak bagi dia emas permata,duit setinggi gunung,tapi alhamdulillah,doa sentiasa mengiringi dia,Kasih sayang untuk dia tidak pernah berbelah bahagi.Sebab tu,seboleh-bolehnya aku akan usahakan untuk balik ke kampung 2 minggu sekali.Kalau boleh nak je duduk sana,tapi sebagai seorang yang dah bertitle isteri dan ibu,menghadkan aku untuk balik selalu..Tapi syukur,telefon memudahkan kami,whattsapp jugak memudahkan kami.syukran.
Dah semakin dimamah usia dia..Bila bercerita pasal dia,rasa meruntun jiwa ni,sedih tak terkata..Doa agar dia sentiasa dilindungi dari segala kejahatan,diberikan kesihatan yang baik.Dia sentiasa ada ketika aku dalam kesusahan dan kegembiraan..Allahu..Moga diberkati kehidupannya..
Terima kasih tak terhingga kerana telah melahirkan dan membesarkan kami..Kalau emak baca entry ni,eda sayang mak sedalam-dalamnya..Terima kasih mak jaga eda dari ekcil sehinggalah dan berkeluarga ni..
Selamat Hari Ibu buat akak juga..
ReplyDeletemasih bekerja ye emaknya..
ReplyDeleteselamat hari ibu buat emak kak ida..