Assalamualaikum
Lately ni kan panas semacam je kan..Berpeluh sana sini.Pulak tu bila makan benda yang boleh menyebabkan alahan seperti udang atau sotong,mulalah rasa nak garu macam monyet!..emm...monyet jugak dipersalahkan.cerita ni bukan sahaja nak bercerita tau,ada info yang aku boleh kongsikan dengan korang..bukan sebab pasal gatal pun nak cerita..hahaha..
Bukan tempat biasa-biasa je yang gatal,malahan tempat luka operation tu pun naik gatal..Ikut hati nak je garu laju-laju..Sakit pun sakitlah..Janji dapat garu..Tapi bila fikir kesannya nanti,terpaksalah batalkan niat nak garu semahu-mahunya dikawasan luka tu.Kekadang pakai sikat pun jadi..Kalau datang gatal tu,dia punya merenyam,nauzubillah..rasa tak boleh nak tahan.Yang bersalin ceasarean mesti mengalami benda yang sama macam aku ni kan..
Orang kata penjagaan ibu bersalin secara pembedahan caesarean ni lebih sukar dan mencabar berbanding bersalin normal.Mungkin dari segi luaran,ibu bersalin caesarean kelihatan lebih santai kerana boleh duduk bersila dan tidak perlu berkepit ketika berjalan berbanding ibu bersalin secara normal.
Namun hakikatnya yang perlu korang tahu,jika dilihat dengan lebih teliti,luka pembedahan sebenarnya perlu mengambil masa yang lama untuk sembuh kerana lapisan hirisan yang dilakukan oleh doktor semasa proses melahirrkan bayi adalah berlapis-lapis dan dalam.
Pembedahan caesarean adalah proses di mana hirisan dilakukan di perut(laparatomi) dan rahim(histerotomi) untuk mengeluarkan bayi.
Biasanya selepas pembedahan,ramai ibu yang mengalami kegatalan di bahagian bekas pembedahan.Namun sudah tentu anda tidak boleh sesuka hati menggarunya.Ini yang patut anda lakukan bagi mengatasi rasa kegatalan tersebut.
1.Jika anda diserang rasa gatal,usahakan untuk tidak menggaru dikawasan bekas pembedahan kerana boleh menyebabkan luka.
2.Lebih baik digosok sahaja secara perlahan-lahan.
3.Sebaik-baiknya,anda mandi menggunakan sabun berbentuk gel yang mempunyai kandungan lembut bagi mencegah terjadinya alergi di kawasan bekas pembedahan.
4. Anda juga digalakkan melakukan senaman yang bersesuaian. Dengan melakukan gerakan-gerakan senaman, biasanya rasa gatal yang timbul akan berkurangan. Malah, membantu mempercepatkan aliran darah dan membuatkan anda berasa segar.
5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.
5. Jika rasa gatal masih berterusan lebih dari enam bulan, segera berjumpa doktor untuk mengetahui punca utama rasa gatal tersebut. Doktor pasti ada jalan penyelesaiannya.
Lepas pembacaan aku dari artikel ini,lepas ni,kenalah lebih hati-hati supaya tidak terlalu syok sangat nak menggaru kat bahagian tu..Itu hari pun rasa dah melecet skit..itulah akibatnya dari ketidaksabaran aku ni..
Kena pantang lebih sikit kan kalau operate ni kan..
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh sepenuhnya spt sediakala... aamiin...
ReplyDeletebukan bersalin je..
ReplyDeletedlu time pembedahan tangan tu pun..
gatal dia..adoii..xtahu la nak kata...
rasa nak amek garfu je garu...