Assalamualaikum
Aku akui,lepas bersalin tuari,memang tak jaga makan,makan ikut suka.Lepas tu masa berpantang aku tak pakai barut sebab aku bersalin secara Czer..So,memang taklah aku nak memakainya kan.
Source:google
Siapa yang tak nak perut flat wehhhh!!!
Tang penjagaan makan pulak,emm...rasanya tak boleh nak jaga makan..Sebab aku sentiasa akan makan untuk menghasilkan susu.Yelah.semenjak Naura kecil sampai dah la ni,dia breastfeeding.Cuma dia fully breastfeeding sehingga umur dia 6 bulan je.Lepas tu dah guna susu formula.Cuma kekadang tu,bila dengan dia,memang aku akan bagi susu badan.Sampai sekarang pun,malam dia akan mengempeng dengan aku.Alhamdulillah...masih tak putus susu badan walaupun tak banyak.
Tapi....Nak cerita pasal perut ni,ufffftttt....Memang tak kuat semangat aku untuk berhenti dari makan banyak.Siapa yang taknak perut flat,cantik..xde bonjol sana sini kan..Nasib baiklah en.husband tu tak komplen..Tapi takkanlah sampai dia dah komplen baru bertindak kan...So banyaklah aku mencari cara mudah untuk mendapat perut yang kempis...Ai is suka la beb!!Meh aku share sikit info yang aku dapat dari http://www.majalahpama.my
- Menyusukan bayi sepenuhnya
Jangan pernah malas untuk memberi bayi susu ibu. Selain khasiatnya yang kita sedia maklum memberi banyak kebaikan kepada bayi, menyusukan bayi juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari.
- Berbengkung dalam pantang
Ada ibu yang malas hendak memakai bengkung ketika berpantang. Kononnya leceh dan merimaskan. Tetapi kesukaran tersebutlah membuatkan anda boleh dapatkan kembali perut yang kempis.
Oleh itu jangan culas berbengkung sepanjang berpantang. Tetapi pakai bengkung dengan cara yang betul kerana jika tidak boleh memudaratkan.
- Bertungku dan bertangas
Amalan ini juga semakin jarang dilakukan oleh ibu selepas bersalin walhal ia merupakan kaedah tradisional untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Bertangas pula dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan yang ada sepanjang mengandung.
- Jaga makan
Jangan terlalu mengikut selera makan yang kadang kala sukar dikawal. Walaupun sebagai ibu menyusu, anda tidak digalakkan berdiet berlebihan tetapi jangan ambil kesempatan untuk makan sesuka hati.
Pastikan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan seimbang bagi membekalkan nutrien kepada bayi dan dalam masa yang sama mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber.
Kurangkan makanan berlemak dan berminyak, sebaliknya ambil makanan berprotein secukupnya bagi membina semula otot serta makanan membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam dan salmon.
- Jangan lupa bersenam
Aktiviti senaman tidak dinafikan turut membantu menyelesaikan masalah perut buncit. Lakukan senaman kardiovaskular dan abdomen bagi membantu mengempiskan perut.
Pastikan anda mengamalkan senaman yang khusus untuk membentuk perut daripada jurulatih yang diiktiraf. Lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang dikehendaki.
- Hati-hati dengan postur badan
Jangan pandang remeh dengan cara pergerakan anda setiap hari. Kebanyakan ibu selepas bersalin kurang prihatin terhadap postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah turut menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
- Jom detoks
Kaedah detoksifikasi menggunakan bahan-bahan semula jadi turut membantu mendapatkan perut yang kempis. Lebihan toksin yang berkumpul dalam badan terutama bahagian perut perlu dikeluarkan. Amalkan proses detoksifikasi secara konsisten bagi membuang toksin dalam badan terutama bahagian perut.
lepas pantang kena betul2 bertungku & jaga perut.. fuhhhh kalo tak big tummy laaa
ReplyDelete