Assalamualaikum
Happy weekend korang..Rasa tak kemana hari ni.Entry ni memang dah dischedulekan untuk hari ni.Biasalah,pepagi macam ni selalunya dok sibuk dengan uruskan anak dan rumah.Maklumlah.Hari minggu ni jelah aku jadi suri rumah sepenuh masa.Hari-hari lain,separuh hari je..hahaha..Itu adalah untuk ibu-ibu yang bekerja sahaja ok.
So Di hari minggu memang aku jarang update blog.Kalau ada pun aku akan buat tengah malam seperti biasa selepas Naura tidur.Itupun kalau internet mengizinkan.
Jangan boring untuk membaca entry dari aku ni ye.Sebabnya apa yang aku baca,aku akan share jugak dengan korang di entry aku ni.Bukan apa,bila dapat share kat blog,sambil menaip,sambil kita baca dan dari situ dapatlah ilmu kan.
Nak mendidik anak bukan suatu perkara yang mudah.At least,ada jugak ilmu untuk dipenuhi di dada ni.Betul tak?????????
Kat sini aku ada baca beberapa rahsia untuk menjadikan anak kita bijak..Mana tau boleh kita adaptasi kan untuk anak-anak kita kan..Weh!! nak bagi tau perkara yang benar ni.Ibu bapa sekarang mengajar anak lebih mencabar dari mak pak kita dulu walau hidup makan ubi rebus je tau!!
Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza.Jadi ibu bapa tidak boleh saling membandingkan kebolehan anak dengan anak orang lain.Bahkan pada usia bawah enam tahun,otak kanak-kanak seperti sebuah span yang menerima apa sahaja input yang diberikan kepadanya.
Menurut perunding Motivasi Dr.Hj Tengku Asmadi T Mohamad,Jika mahukan anak cemerlang,terng dan bersih hatinya,ibu bapa perlu menyediakan persekitaran dan kehidupan yang baik untuk anak anda.
Source : google
Bagi memastikan anak anda cemerlang,lakukan elemen berikut sebagai alat bantu merangsang minda mereka.10 Rahsia anak jadi bijak adalah seperti dibawah.
1. Nama yang sempurna
Memanggil anak dengan nama yang baik membuatkan anak berasa gembira dan tiada rasa rendah diri. Malah makna namanya itu sudah cukup membuatkan hatinya gembira sekali gus merangsang minda untuk belajar dengan selesa. Pastikan anak faham makna di sebalik namanya dan pastikan juga ibu bapa sering memanggil nama penuh anak kerana panggilan itu satu doa buatnya.
2. Pelukan
Kajian mendapati anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Pelukan membuatkan anak rasa selamat dan dilindungi. Perasaan positif ini membolehkan anak meneroka dunia dan kehidupan dengan penuh keyakinan.
3. Nilai kasih sayang
Tunjukkan kasih sayang dengan pujian, hadiah ataupun senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

Apabila mengejutkan anak bangun tidur, juga mulakan dengan ciuman dan pelukan sambil bercakap-cakap secara positif dengannya. Apa yang dikatakan pada anak ketika itu mudah dirakam kerana minda anak berada dalam gelombang theta dan alpha.
4. Tiada keluhan
Semasa mendidik anak, keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Keluhan menggugat keyakinan dan kepercayaan anak terhadap kemampuan dirinya.
4. Tiada keluhan
Semasa mendidik anak, keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Keluhan menggugat keyakinan dan kepercayaan anak terhadap kemampuan dirinya.
Malah ada ibu bapa yang melabel anak secara negatif sewaktu meluahkan keluhannya. Kata-kata seperti pemalas, pengotor, tidak berguna, degil, keras hati dan seumpamanya akan membuatkan anak rasa tidak dihargai.
5. Sedia mendidik
Walaupun anda sibuk, jangan culas mendidik anak. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. Bersabarlah setiap kali mengajar anak, sebab anak-anak bukan kita dan setiap anak itu berbeza bakat dan kebolehannya.
6. Magis sentuhan
Apabila berjalan sentuh tangan anak. Cara ini membuatkan mereka berasa kehadiran mereka amat dihargai dalam kehidupan anda sekeluarga. Seni sentuhan ini juga perlu digunakan ketika menasihati dan menegur anak.

Usap kepalanya, letakkan tangan di paha atau di bahunya, tepuk-tepuk sayang di belakangnya dan sebagainya. Lakukan dengan penuh kasih sayang kerana anak-anak dapat rasakan keikhlasan hati ibu bapanya.
7. Pendengar setia
Anak-anak yang sudah makin dewasa biasanya belajar dengan bertanya mengenai perbagai hal. Luangkan waktu untuk mendengar mereka. Mereka bertanya bagi memenuhi sifat ingin tahunya.
7. Pendengar setia
Anak-anak yang sudah makin dewasa biasanya belajar dengan bertanya mengenai perbagai hal. Luangkan waktu untuk mendengar mereka. Mereka bertanya bagi memenuhi sifat ingin tahunya.
Pada usia kecil, anak-anak memiliki daya fantasi, imaginasi dan kreativiti yang tinggi. Ini merangsang mereka mendapatkan maklumat-maklumat baru melalui pelbagai pertanyaan. Membantu anak-anak dalam mendapatkan maklumat menjadikan mereka genius.
8. Jangan mengkritik
Harga diri anak-anak mudah sekali tergores dan terluka. Kritikan akan membuatkan anak hilang keyakinan diri. Dalam mengkritik, kritik perbuatannya bukan orangnya. Elakkan juga dari membanding-bandingkan anak-anak ketika mengkritik kerana ini akan menimbulkan rasa rendah diri sekali gus kurang keyakinan pada diri.
9. Memupuk minat membaca
Mengajak anak-anak ke kedai-kedai buku setiap kali keluar membeli-belah. Tidak semestinya membeli buku, hanya selak beberapa helaian buku adalah usaha memupuk minat membaca dikalangkan anak-anak.

Ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan membina sikap membaca bermula daripada diri mereka sendiri. Sebab pada usia yang kecil, anak-anak lebih banyak belajar daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang mereka dengar. Oleh itu, jika ibu bapa sering pegang buku, anak-anak akan turut lakukan perkara yang sama.
10. Disiplin
Disiplin adalah satu pilihan bukannya peraturan. Anak yang berjaya adalah anak yang memilih untuk berdisiplin. Proses mendisiplinkan anak-anak akan lebih mudah jika dilakukan bermula daripada usia kecil.

Makan di meja makan, simpan mainan ke dalam kotak mainan selepas bermain, baju kotor dimasukkan ke bakul yang telah dikhususkan, pinggan mangkuk diangkat ke singki selepas makan, sampah dibuang dalam tong sampah, bangun dan tidur mengikut masa yang telah ditetapkan dan sebagainya.
Dengan disiplin, anak akan belajar menghargai, dan mengelola waktu untuk hal-hal yang berguna. Malah akan membentuk watak anak yang baik dengan peribadi positif.
Moga kita sebagai ibu bapa dapat memberikan yang terbaik.Menjadi anak yang berguna di masa hadapan.Insya allah..Sharing is Caring.
Info yang bermanfaat...
ReplyDeleteSemoga bermanfaat dan dipratikkan :)
ReplyDeletein shaa Allah.
ReplyDeletesedaya upaya nak didik anak2 sebaik mungkin :)
sama-salam la kita ekk.
agar anak2 jadik bijak dan soleh / solehah.
Good Info.. Thanks for sharing
ReplyDeletedidik anak bukan kerja yg mudah..nak besarkan anak mmg senang
ReplyDeleteterima kasih berkongsi..sangat bermanfaat
ReplyDelete