Assalamualaikum
Tak sangkakan,membancuh susu pun ada cara yang perlu kita ikuti.Kekadang ,bila anak sakit,kita tak tau apa puncanya.Tapi percaya atau tidak,kaedah membancuh susu dengan tidak betul pun boleh mendatangkan kemudaratan pada bayi.
Sepatutnya,kita harus mengikuti saranan pada pakar pemakanan yang ada dilabel setiap susu formula tentang cara membancuh susu dengan skop yang betul.Bukan main sesedap rasa untuk memperbanyakkan dan mengurangkan jumlah skop itu mengikut kita.Arahan pada label memberitahu bilangan skup yang betul untuk ditambahkan pada setiap sukatan air.Info ini sangat penting dipatuhi oleh ibu bapa.Anda tidak boleh sesuka hati membancuh susu mengikut sukatan skup yang tidak betul kerana jika dibubuh terlalu banyak susu formula,susu yang dibancuh akan menjadi terlampau pekat sehingga mendatangkan bahaya kepada tumbesaran bayi.Ha!! kita sebagai ibu bapa harus sentiasa alert tentang perkara-perkara seperti ini.
Dak naura yang semakin kuat menyusu
Hasil pembacaan aku disini,ada beberapa perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan terhadap bayi
- Berat bayi mungkin bertambah dengan terlalu banyak jika terlalu pekat bancuhan susu.
- Buah pinggan bayi mungkin akan rosak.
- Jika serbuk susu terlalu sedikit diletakkan,berat badan bayi mungkin tidak bertambah.
Ini cara yang betul membancuh susu formula anak anda.
Peralatan yang digunakan:-
satu tin susu formula
Botol dan puting susu
Pisau Plastik
Kertas tisu dapur
1. CUCI PERALATAN BERSIH
Gunakan air mendidih untuk membilas peralatan botol susu dan pisau yang disterilkan.Anda perlu menuang keluaran air pensterilan,kemudian menuangkan air mendidih ke atas peralatan tersebut.basuh tangan anda,keluarkan semua peralatan dan letak pada kertas tisu dapur untuk dikeringkan.Lap kering pisau plastik.
2.GUNA AIR MENDIDIH
Masak air sehingga mendidih.Jangan gunakan air yuang dididih berulang kali atau dibiarkan di dalam cerek,air dari paip air yang diletakkan dengan penapis air rumah tangga(penapis itu boleh memerangkap bakteria berbahaya) dan air mineral kerana natrium dan mineral mungkin membahayakan bayi anda.Tuangkan air mendidih ke dalam botol susu.isikan hingga ke sukatan yang sesuai.Periksa pada paras mata.Sukatan mesti tepat untuk membancuh susu dalam kepetakan yang betul.
3.SUKAT SUSU DENGAN BETUL
Gunakan skup khas di dalam tin susu formula untuk menceduk susu.Ratakan setiap sukatan dengan menggunakan bahagian belakang plastik yang telah disterilkan.Jangan isi hingga penuh padat susu formula dalam skup dan jangan tekan susu formula ke dalam skup kerana bancuhan susu bayi akan menjadi terlalu pekat.
4.BANCUHAN TEPAT
Tuangkan setiap skup susu formula ke dalam botol berisi air.Tambah bilangan skup yang dicadangkan sahaja bagi kuantiti air tersebut.Jangan tambah secara berlebihan.Serbuk susu formula akan larut dengan cepat di dalam air panas.
5.GONCANG BOTOL
Letak cakera dan gegelang penutup pada botol susu.jangan letakkan puting susu lagi pad masa ini.Tutup botol dengan ketat untuk menghasilkan botol yang kalis udara.Goncang botol dengan baik utnuk memastikan bancuhan susu larut dengan betul.
Susu siap diminum oleh anak anda.Pastikan susu tersebut adalah hangat kerana bayi lebih gemar susu yang hangat berbanding sejuk.
Satu lagi kan..kalau kita buat monthly check up,perasan tak nurse akan tanya kita cara kita bancuh susu.Selalunya aku akan letak air panas dan air masak dahulu,baru aku letak susu...korang pulak macam mana,ke ada cara lain atau cara yang aku gunakan ni salah..heeee
done klik your nuff! klik mine pulak okay? ;)
ReplyDeleteSalam singgah & salam jumaat, maaf lama x jenguk N x terkejar nak baca n3 yg lain, lama dah tak buat aktiviti bancuh2 susu ni he3
ReplyDeletehyeee..salam jumaat :D akhirnya dapat juga Syira Lokman blogwalking sekejappp ! saja jenjalan tengok entry baru tuan blog and nak doakan supaya berjaya dunia akhirat ye :) tulis yg baik2 oke ^_^
ReplyDeleteOwh.. Kena betulkan balik cara bancuh susu nampaknya...
ReplyDeleteijat suka susu suam. kalau sejuk, dia x nak minum.
ReplyDeletepastu goncang sebati, if not, pun dia x nak :) hi hi...