Assalamualaikum
Hai korang..Mood bercuti lagi kan..Tapi tetap nak berblog.Takpe..ada masa boleh la berblog..Nak blogwalking tu je yang payah sikit.
Siapa yang ada anak perempuan!! Dan rupa mereka ikut belah mana..Ayah atau ibunya..Orang tua-tua cakap,kalau muka anak perempuan ada iras muka ayah,hubungan anak dan ayah akan lebih rapat dan akrab..Sejuk bak kata mereka..tapi,sejauh mana kata-kata tersebut ye?Aku ada terbaca di artikel ini tentang 5 cara ini dilakukan oleh semua ayah dalam mendidik anak perempuan mereka
sama kan...
Bagi mereka yang mempunyai anak perempuan,pasti boleh menilai bagaimana cara seorang ayah menjaga dan membesarkan anak perempuannya.
Cara seorang ibu dan ayah membesarkan anak-anak mengikut jantian mereka memang berbeza.Kelembutan dan keakraban ibu dengan anak perempuan memang memperlihaktan betapa memahaminya ibu dengan karenah anak-anak.Kadang kala kita terfikir adakah ibu lebih pakar mengurukan hal anak-anak berbanding ayah?
Hakikatnya walaupun seorang ayah kelihatan terlalu sibuk bekerja mencari rezeki untuk isteri dan anak-anak namun,peranannya sebagai ketua keluarga jangan diketepikan.Biarpun hanya sedikit masa sahaja yang dimiliki untuk mendampingi anak tetapi ayah sentiasa memerhati dan memantau perkembangan anak-anaknya.
Beberapa perkara ini adalah hakikat yang tidak boleh disangkal lagi.
1. Seorang ayah, biasanya kelihatan lebih garang dan tegas berbanding ibu. Kebiasaannya anak-anak juga lebih takut akan ayah mereka berbanding ibu. Namun, di sebalik karektor ayah yang tegas tetap terselit kelembutan yang tersendiri terutama terhadap anak perempuannya.
2. Keprihatinan ayah yang tersembunyi di sebalik ketegasaannya kadang kala melebihi kelembutan hati seorang ibu. Tanpa disangka rupanya hati ayah lebih mudah terusik jika ia melibatkan hal berkenaan anak perempuannya.
3. Kelebihan ayah dalam mendidik anak-anak sudah tentu dalam aspek ketegasan yang dimiliki. Oleh kerana anak-anak sudah biasa dengan ketegasan ayah, kata-katanya mudah dituruti dan dipatuhi tanpa sebarang kompromi.
4. Keprihatinan ayah apabila melibatkan keselamatan dan keselesaan anak perempuannya memang boleh dikatakan agak 'keterlaluan' tetapi sebenarnya dia hanya ingin anak perempuannya sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa.
5. Ayah adalah lelaki pertama yang bertakhta di hati setiap anak perempuan. Anak mengenali karektor dan sikap seorang lelaki daripada ayah sebab itu seorang ayah seboleh mungkin cuba menonjolkan dirinya sebagai lelaki yang gentlemen, pelindung, prihatin, penyayang dan tegas.
Bahkan sebagai ayah, anda perlulah menerapkan aspek ketegasan kepada anak-anak dalam membantu pembentukan keperibadian anak. Walaupun kadang kala ada anak yang kurang suka dengan ketegasan namun lama-kelamaan mereka terbiasa dengan karektor ayah dan membantu mereka menjadi anak perempuan yang lebih yakin dan pandai menjaga diri.
Tetapi percayalah, seorang ayah akan lebih mudah berasa kasihan jika anak perempuannya ditimpa masalah. Malah dialah yang lebih memberi keyakinan dan semangat kepada anak dengan caranya yang tersendiri.
Walaupun secara fizikal, ayah lebih garang dan tegas namun kasih sayangnya tidak pernah berkurangan untuk si anak gadis. Hanya ayah sahaja akan menjadi lelaki yang boleh dipercayai oleh anak perempuan sampai akhir hayat mereka.
Al-fatihah untuk Arwah ayah Yusof Bin Abdul Rahman...Sesungguhnya jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir hayat.
Al fatihah...
ReplyDeleteTerima kasih tip tersebut...
ReplyDeleteAlFatihan buat arwah... semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya... aamiin.
ReplyDeleteSaya ada 3 anak perempuan... tak taulah mcm ner didikan saya dari pandangan mereka.. wallahualam.. :)