Assalamualaikum
Wah..pepagi ni dah pun cerita pasal nak cantik.Bukan perempuan je kena jaga kecantikkan..Lelaki pun kena nampak cantik..Bukan cantik macam perempuan okeh..
Bagi yang perempuan pulak,bukan cantik untuk menggoda lelaki,tetapi cantik tu juga untuk membina keyakinan diri kita dalam kerjaya jugak.Apa pun yang penting niat kita menjaga kecantikkan tu,.Jangan jauh tersimpang pulak.,okeh!!Nak cantik bukan kena keluarkan duit ribu-ribu..Dengan bahan semulajadi pun kita masih lagi boeh mengekalkan dan mencantikkan kulit muka kita.
source:google
Macam mana kita nak mendapatkan kulit wajah yang sihat dengan bahan semulajadi? Ikuti 10 tips ini
- Tepuk wajah yang sudah disapukan dengan air suam untuk membuka liang liang pori.Kemudian sapukan madu pada kulit wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit.Selepas itu bilas dengan air suam,kemudian tepuk-tepukkan muka dengan kain yang dibasahi dengan air sejuk.
- Buat topeng dengan kuning telur mentah.Oleskan dibahagian muka dan leher dan biarkan selama 30 minit.Akhir sekali bilas dengan air sejuk.
- Anda juga boleh menggunakan putih telur untuk di buat masker.Seperti kuning telur,biarkan selama 30 minit dan selepas itu bolehlah dicuci dengar air biasa.
- Ambil sebiji buah anggur dan dipotong dua.Kemudian isinya disapukan di kulit muka ,Setelah rata,boleh la dibilas dengan air sejuk.
- Tumbuk pisang yang sudah masak sehingga halus,kemudian sapukan keseluruhan muka .Biarkan selama 15 hingga 30 minit,kemudian bilas dengan air hangat.
- Plain yougurt juga boleh digunakan untuk menyegarkan dan melembapkan kulit wajah.Sapukan yogurt pada wajah dan biarkan selama 15 hingga 20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk.
- Jika anda mempunyai masalah bibir merekah,sapukan minyak zaitun sebelum tidur dan biarkan semalaman.
- Hancurkan Avacado dan sapukan pada kulit muka.Biarkan selama 10 minit ,kemudian bilas dengan air sejuk.Avocado baik untuk kesihatan dan keremajaan kulit.
- Sediakan susu dalam bekas yang kecil.kemudian celup cottonbud dan terapkan pada wajah anda.Biarkan seketika sehingga anda rasa kulit menjadi tegang dan bersihkan dengan air suam dan kulit wajah anda akan menjadi lebih lembut.
- Gunakan backing soda untuk menanggalkan kulit mati dengan mencampurkan dengan pencuci muka anda.
So,rasanya bahan semlajadi tu,dah ada dah kan kat dalam rumah anda semua..maka,buatlah..jangan tak buat...
Macam sayang pulak bila guna buah tu Eda
ReplyDeleteKakak tak pernah buat tapi kalau masuk mulut biasalah - sedap:)