Assalamualaikum
Ramai wanita di luar
sana yang sudah bekerjaya namun masih tidak tahu apakah cara untuk bergaya ke
pejabat. Percaya ataupun tidak, pakaian ke pejabat tidak semestinya perlu
tampak bosan dan sekadar berwarna hambar. Di bawah ini terdapat tips pakaian pejabat wanita yang pasti
sangat berguna untuk anda!
Classic look
Gaya yang paling mudah untuk ke tempat kerja.Namun ianya membuatkan anda kelihatan sedikit membosankan jika terlalu kerap digayakan.Satu tips untuk mengelakkan situasi ini ialah menambahkan statement piece ke atas salinan pakaian anda seperti eksesori ,kasut mahupun solekan yang menarik
Casual business look
Gaya yang agak versatile dan mudah untuk digayakan.Satu tips untuk gaya casula business look ini adalah perlu selalu mengenakan heels ,smart top yang membuatkan anda lebih feminine.Blazer dan seutas beg lagi menyerlahkan gaya professional anda.Penggunaan aksesori,kasut dan perlu bersesuaian dan anda happy mengenakannya.
Careless chic
Ianya mungkin adalah
untuk mereka yang seolah-olah tidak mengambil kisah ataupun hiraukan tentang
fesyen. Tetapi di mata pencinta fesyen gaya yang ditonjolkan ini adalah
street-style-worthy.
Glam look at the office
Ini adalah penampilan
yang sesuai untuk wanita seksi yang rule the world, dan mahu menakluk
profession kerjaya mereka dengan solekan yang cantik, bibir kemerahan, kasut
tumit tinggi yang bergaya bersama persalinan yang stunning!Gaya ini menunjukkan anda seorang yang profesional.Perlu yakin setiap pakaian yang dipakai dam perlu rasa selesa apabila memakainya.
Simple & Feminine
Jika anda adalah
gadis yang suka akan flowy flirty dress bersama barangan kemas yang kecil dan
suka tampil smart kasual maka ini adalah gaya yang paling sesuai untuk anda.
- Jangan Pakai pakaian yang terlalu ketat
- Pilih pakaian yang ringkas
- Pakaian yang terlalu menonjol
- Solekan dan aksesori juga memainkan peranan yang penting untuk nampak anda bergaya bila ke pejabat
- Elakkan memakai pakaian yang terlalu terang
- Pilih pakaian yang tidak bercorak crowded dan heavy
- Pakai pakaian size yang betul
Itu sahaja tips yang dapat dikongsi untuk anda dalam Tips berpakaian ke Pejabat.