Assalamualaikum
Johor bercuti hari ini sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.Dapatlah cuti sehari.Dapat juga menghabiskan masa satu hari dengan keluarga.
Kalau biasa,memang aku jarang dapat bersarapan diluar dengan husband.Kalau ada pun salah seorang kena bercuti..hehe..maksud aku husband aku kenalah bercuti ahad kan.
Pada yang sedia maklum,Johor bercuti pada jumaat dan sabtu.Tapi tak semua company yang mengambil cuti pada hari berkenaan.Hanya kerajaan sahaja yang wajib bercuti pada hari tu.Kebanyakkan swasta memang tak amik pun.
Dan pada hari ini,walaupun tak dapat jugak nak bersama dengan awfiyah,dapatlah bersama dengan Naura dan husband..Rindu pulak kat anak umi lagi sorang tu.
Petang ni boleh la belanja barang dapur bersama-sama sambil menghabiskan masa bersama.
Di kesempatan ini,hamba anak jati JOHOR, Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku.
Daulat Tuanku.
Sekejap je dah ulangtahun.. rasa mcm baru je meraikannya dulu.
ReplyDeleteAllah peliharakan sultan... Daulat Tuanku!!
salam... =)
ReplyDeletewahh best org johor semalam cuti keennn ^,^
yang dok selangor ni pon mencutikan diri jugak semalam..
ReplyDelete