Assalamualaikum
Sebenarnya dari semalam tengahari rasa dok membebel seorang diri bila memikirkan satu nota yang diletakkan di premis makanan tempat aku makan tengahari semalam.
Ini pun member aku yang dok order kat kedai tu yang bagitahu kami orang ni,sup bla..bla akan dinaikkan start bulan hadapan..kalau dah sekarang ni,semangkuk mee sup/bakso dah berharga RM7..Bagaimana pulak harga bulan depan..Adakah akan dinaikkan seringgit????Dua ringgit mungkin??
Tapi punca kenaikkan?? Apa pula ye?? Minyak naik?? Tol naik ?? habis apa yang naiknya..Maaf nak cakap lah kepada peniaga yang berkenaan..Berpada-padalah dengan kenaikkan harga makanan tu.Kita..kami ni pun cari makan jugak.Kuli je.Sekarang pun makan basic je..OT bagai nak rak..habis pada beli barangan makanan..Simpanan?? perubatan?? rasa cukup-cukup je..Bak kata orang paras-paras hidung je.
Aku ni,sebagai pengguna,pembeli,sangat-sangatlah terkesan bila kenaikkan barang makanan ni naik.Nak makan luar pun berkira..Hari-hari bawak bekal pun penat jugak beb..Pepagi sebelum subuh dah memasak..Itu baru buat sarapan..Takkan nak memasak lagi untuk tengahari sampai ke petang...uishhh..pelik..
Orang yang bergaji besar pun terasa dengan kenaikkan semua ni,apatah lagi kami yang basic baru 1500 ni..Itu kalau anak sorang...boleh la lagi..yang anak ramai tu,macam mana pulak.
Aku faham korang meniaga pun nak untung.Tapi tak boleh ke dalam keuntungan tu ada sifat sedekah.At least Allah tu lebih panjangkan rezeki korang tu.
For your information(peniaga) Ini hanya keluhan hati seorang hamba allah yang terasa dengan kehidupan yang hakiki..Bukan semua peniaga seperti yang aku khabarkan ni,hanya segelintir sahaja.
uih...pepagi kan dah bebel..bukan apa..aku rasa macam tak logik pulak bila semua nak dinaikkan bila minyak diturunkan..Kalau dulu peniaga bagi alasan minyak naik,sekarang minyak turun apa alasannya kan..so..sebab tu ramai yang mengeluh.Tapi keluhan orang-orang kecik macam kami ni,manalah nak dipandang sangat..Terpaksalah harunginya jugak walau perit..
Oklah...itu jelah aku nak bebel..sebelum tu aku mohon maaf kalau ada diantara korang yang terasa dengan entry aku ni..Ini cuma entry keluhan je..jangan kecam aku sangat..
Korang macam mana...meh la share kat sini..sama pendapat atau berbeza...
Memg mhl pun klau mkn kat luar..lya jrg mkn kat luar, paling dlm sebln sekali tu pun sbb ikut husbnd outstation.
ReplyDeleteBoleh buat aduan kt kpdnkk tu..
ReplyDeletebetul tu..makan di luar dah semakin mahal...tosai yang dulu rm1.50 dah jadi rm1.70...setakat ni yang paling banyak kenaikan harga yang saya jumpa ialah paparoti...harga asal rm2.00 jadi rm3.20! :P
ReplyDeleteSesungguhnya memang harga barang mahal. Terasa betul kenaikan harga
ReplyDelete