Assalamualaikum
Lama rasanya tak bercerita pasal Nur Naura Auni..Alhamdulillah..Dah hampir 8 bulan membesar di depan mata umi.tak sangka boleh melahirkan anak walau dugaan banyak sebelum mengandung.
Hanya dia dan kakak sahaja penawar hati.Lepas ni tak taulah dapat mengandung lagi ke tidak.Hanya dengan izin Allah sahaja selepas ni.
Berikutan dengan kes jantung aku tu,doktor dah nasihatkan aku supaya tidak mengandung lagi.Bukan apa,doktor taknak amik risiko untuk kandungan seterusnya kerana satu injap di jantung aku kurang kemampuan untuk mengepam darah ke jantung dalam keadaan yang normal seperti orang-orang lain..emmm...dah tak mau cerita lah pasal tu..nak chill je...
Hah!! ni nak cerita buah hati pengarang jantung yang sorang ni..hamboiiii..sejak-sejak dah pandai duduk kat walker ni,bukan main suka lagi nak menjelajah dalam rumah ni..Tak puas kat luar,dia masuk dalam bilik pulak..Kalau tak bekerja tak pelah jugak..Tengoklah apa yang dibuatnya ni
habis kain baju umi yang dirak dia keluarkan..Semakin di marah,semakin menjadi dia buat..Last-last umi biarkan dia main sampai puas.Lepas tu puaslah umi dok berkemas kain baju..iskk..Dah la umi paling malas nak melipat..Penat wehhh..
Hailah anak..alhamdulillah..aktif dia..walau batuk tu tak pernah redha,tapi dia tetap macam tu..aktif seperti biasa.Cuma dari doktor cakap,dia macam alergik.tanya aku samada bela kucing ke tidak..aiikk..ape kena mengena dengan batuk dan selsema anak pulak ye..emmm..krik..krik je lah dengan doktor bila ditanya macam tu..
anak umi atau anak babah???
hehehe
Moga mmbsr dgn sihat ya baby naura..da mcm kkak awfiyah dulu2 masa kecik
ReplyDeleteHai :D Saya tag awk untuk satu segmen ^^ jemputlah baca entry tu ya :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.my/2016/03/segmen-nuffnang-by-ciknurul.html
ReplyDeletemakin banyak akal yer naura..
ReplyDeletemakin byk akal dia ya..
ReplyDeletexpe kak, kalau ALLAH dah tetapkan rezeki akk utk dpt yang ketiga, inshaaALLAH..berdoa sebaiknya