Assalamualaikum
Bila dah ada anak kecil,tempat tidur yang paling sesuai untuk korang dan bayi macam mana?Jom kongsikan.
Masa kakak fiyah duduk dengan umi,kami memang tidur bawah.Maksudnya,tarik tilam dan tidur depan tv.Ha..senang..Kakak ngan adik kiri kanan umi.Senang nak adjust.Tak pernah tidur katil pun.Risiko untuk jatuh mungkin tingggi bila kami bertiga tidur di atas katil.So,untuk menyelamatkan keadaan,tidur je bawah..Takdelah istilah tergolek ke bawah,kerana kakak sangat-sangat lasak bila dia tidur.
Jadi bila kakak dah duduk dengan nenek,maka hanya tinggal umi dengan adik sahaja.Babah macam biasa,tidur depan tv..Jaga kat luar,.maklumlah musim perompak ni.
Jom kita lihat tips-tips keselamatan apabila membawa bayi tidur diatas katil.
Pastikan tilam Pejal
Bayi kita boleh lemas atau jadi terlalu panas di atas tilam yang lembut.Jika katil anda mempunya rangka atau kepala katilmatau diletakkan bersebelahan dinding,pastikan tilamnya terletak dengan kejap dan sempurna.Pastikan tiada sebarang ruang atau celah dimana bayi anda boleh terjatuh ke dalamnya.Risiko ini berlaku adalah paling tinggi apabila bayi berusia di antara tiga bulan dan 10 bulan.
Gunakan selimut nipis dan minimakan alasnya.
Jangan guna duvet jika anda tidur bersama bayi.Jika bayi anda berusia kurang daripada setahun,gunakan cadar yang nipis dan ringan untuk mengelakkan bayi jadi terlampau panas dan lemas.Risiko ini berlaku paling tunggu dalam tiga bulan pertama hidupnya.Keraplah memeriksa untuk memastikan dia tidak bergerak turun dan menyebabkan kepalanya dilitupi selimut.
Jangan sesekali tidur di atas sofa dengan bayi anda
Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa aau di antara anda dan belakang sofa.Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.
Jangan sesekali tidur di atas sofa dengan bayi anda
Bayi anda boleh terperosok di celah-celah kusyen sofa atau di antara anda dan belakang sofa .Jangan tidur dengan bayi di atas tilam air kerana tilam ini terlalu lembut dan mungkin mempunyai jurang yang dalam di sekeliling kerangkanya di mana bayi anda boleh terperangkap.
Biarkan bayi dalam keadaan hangat,bukannya panas.
Pakaikan bayi anda pakaian nipis untuk tidur.Sentuhan dengan badan anda akan menaikkan suhu kulitnya.Mengikut kebiasaan,jika anda dalam suhu yang selesa,maka bayi anda akan selesa jugak.
Jangan biarkan bayi dan anak kecil anda tidur bersebelahan
Anak kecil tidak faham risikonya dan mungkin bergolek ke atas bayi anda atau meletakkan tangannya pada mulut atau kepala bayi.Anda dan suami sepatutnya sentiasa tidur di antara kedua-dua anak jika anda mahu mereka berdua tidur di katil anda.
Jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda bersendirian di atas katil anda
Bayi anda boleh terjatuh dengan mudah.Walaupun jika anda meninggalkannya sebentar sahaja untuk ke tandas.Jangan biarkan bayi tidur di atas bantal dan jangan letakkan bantal di kedua-dua sisinya.Dia mungkin berpusing ke arah bantal atau mukanya tersembam di atas bantal yang menyokongnya.
Tengok jelah cara dia tidur tu..Bantal-bantal kat tepi tu memang umi letak kat tepi-tepi..Rapatkan betul-betul kat dinding.Risaunya terhantuk kat dinding.Lagi risiko jatuh ke bawah pun ada.sebab anak dara sorang ni,tidur memang ganas sikit.
Selimut memang aku tak pernah guna pun..Aku risau kalau dia lemas pulak.Jadi aku perlukan tips ni yang aku baca disini
saya tidak risau yang ni, namun saya anak kedua baru pandai mneyusukan sambil baring...sebab kekok
ReplyDeleteberingat sebelum kena..betul tu..
ReplyDeletekeselamatan nombor 1 :)
ReplyDeleteInfo yang sangat berguna nie ^-^
ReplyDelete