Assalamualaikum
Ibu mana yang tak risaukan bila anak batuk dan selsema memakan masa hampir 2-3 minggu untuk sembuh.Takkanlah asyik nak makan ubat dan ulang alik ke klinik sahaja.Sebagai ibubapa kita harus try and error perubatan lain untuk melihat anak kembali pulih sedia kala.
Asalkan kita mencuba sesuatu yang tidak memudaratkan anak kita sudah la kan?
Jika anak kita selsema dan batuk,tetapi masih aktif seperti biasa,masih lagi makan dan minum seperti biasa,tidak perlu terlalu khuatir kerana itu adalah normal dalam perkembangan anak-anak kita.
Tetapi sekiranya demam,batuk dan selsema mereka berlarutan,malah anak-anak kelihatan lesu,kurang selera makan atau menyusu,segeralah dibawa ke Hospital untuk mendapatkan nasihat yang lebih pakar.
source:google
Bagi bayi yang beru,ur 6 bulan ke bawah,kebiasaannya doktor tidak akan memberikan apa-apa ubatan kerana dari segi perubatan,ianya adalah normal bagi bayi kerana mungkin terdapat lendir yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir,iaitu batuk berkahak.Ia akan keluar dengan sendirinya melalui muntah dan najis.Jika diberikan ubat pun,dosnya adalah kecil 1-2ml sahaja.
"Penyebab utama virus batuk dan selsema ialah virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas dikawasan hidung, faring (tekak) dan laring. Berdasarkan lebih daripada 100 jenis virus yang menjadi punca jangkitan, Rhinovirus dan Coronavirus merupakan virus yang kerap menyebabkan jangkitan."-Kementerian Kesihatan
Lagi pulak tak elok rasanya kalau disogok dengan ubatan dari klinik sahaja kan.Jadi petua atau tips orang-orang lama perlu diambil kira dalam hal ini.Ikut tips dari pembacaan aku disini
Kekadang cuaca yang tidak menentu ini juga merupakan faktor badan kanak-kanak tidak sihat.
Ibu bapa boleh mengamalkan tips ini untuk diberikan kepada anak-anak kecil mereka
1. Berikan anak rehat yang secukupnya dirumah
Elakkanlah membawa anak keluar dari rumah ke tempat awam jika tiada keperluan. Ini dapat mengelakkan virus berjangkit dengan anak-anak lain. Selain itu, anak-anak akan merasa letih dan proses penyembuhan mungkin memakan masa yang lama.
2. Sentiasa bersama anak
Anak yang tidak sihat memerlukan pemerhatian. Jadi, isilah masa bersama mereka dengan sentuhan-sentuhan memujuk dan pelukan agar mereka merasa selesa dan selamat.Boleh juga bercerita dan membawa mereka berjalan-jalan di sekitar rumah untuk mengambil udara segar.
3. Bersihkan peralatan , rumah dan juga pakaian.
Walaupun rumah kia lazimnya nampak bersih, tetapi tidak salah sekiranya kita membuat pemeriksaan dan membersihkan habuk-habuk. Mop lantai menggunakan air panas dan menggunakan bahan pencuci anti-bakteria. Lebih baik jika menggunakan yang mesra alam dan tiada bahan kimia.
4. Aliran udara yang baik
Pastikan setiap pagi, buka pintu dan tingkap supaya aliran udara dapat mengalir dengan baik.
5. Tepuk Percussion
Menepuk bahagian badan- depan & belakang, dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung (seperti kita nak sendawakan bayi). Tepuk ini bertujuan untuk memudahkan pengeluaran kahak. (berhati-hati ketika menepuk terutama ketika diaplikasikan kepada bayi)
6. Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton
Teknik ini saya sering gunakan kepada bayi saya. Caranya sediakan:

- 2 ulas bawang putih yang dibakar dengan kulit, kemudian lenyekkan sedikit didalam besen
- Tambahkan sedikit minyak zaitun
- Tambahkan air panas
- Napkin nipis (saya tidak gunakan, risau bayi tak dapat tahan)
7. Penjagaan makanan Ibu dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan membekalkan nutrisi.
Ibu yang menyusukan bayi, harus menjaga pemakanan. Ibu boleh makan sup dengan melebihkan bawang putih didalam sup tersebut. Ibu juga boleh mengambil supplement yang bersesuaian untuk ibu menyusu.
8. Kunyit
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.
9.Bunga belimbing dan air beras
Bagi anak yang sudah makan makanan pejal, boleh cuba petua ini. Ambil bunga belimbing dan campurkan dengan air didihan beras, tapis dan beri anak minum. Ini adalah petua tradisional.
10. Daun basil, oregano dan daun sireh
Campur dan perahkan airnya. Beri anak minum sedikit. Hanya untuk bayi yang telah makan makanan pejal.
11. Lemon, halia, madu
Perahkan lemon, hiris halia dan masukkan madu sehingga meliputi halia. biarkan semalaman dalam peti ais, boleh berikan kepada anak-anak yang berumur 2 tahun keatas.
12. Garlic Socks
Bakar bawang putih, letak dalam stokin anak.
13. Mandian lemon
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.
14. Minyak bawang putih
Bakar bawang putih seperti teknik Wap bersama bawang putih dan minyak zaiton , cuma, tidak perlukan air panas. hanya tambah minyak masak/ zaitun/ bayi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya.
15. Habbatus Sauda dan Minyak Zaitun
Ini adalah perkongsian dari seorang sahabat saya, katanya , goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.
Ada beberapa tips yang aku lakukan sepanjang Naura batuk dan selsema seperti mandi lemon,kunyit dan juga minyak bawang putih.
Alhamdulillah..berkesan ke atas dia.umi pun dah tak risau sangat..
Dari banyak-banyak tu yg pernah kakak buat kunyit dan minyak zaitun lain-lain tak tahu dulu masa anak kakak baby tak banyak pencerahan.
ReplyDeleteSaya pun dah mula bersihkan pakaian cadar, spray dalam kereta, mandi selepas keluar ke tempat awam untuk elak dan kurangkan. Thanks for info
ReplyDeleteaida..jgn lupa emailkan sis JM alamat
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi...ada anak nanti ada ilmu jgk
ReplyDelete