Assalamualaikum
Source:google
Bab ni aku masih mengadaptasi pada naura.Kalau awfiyah tu,pegang je buku dia da start nak popo!!kalau pen atau pensil pun dia panggil popo jugak.Jadi nak bercerita dengan dia,memang adventure sikit..haha...
Ada ke korang yang suka bercerita dengan anak? Kalau korang yang suka bercerita dengan anak,sememangnya korang tergolong di dalam ibubapa yang hebat kalau rajin bercerita atau membacakan buku cerita untuk anak secara konsisten setiap hari.
kalau awfiyah,dia sangat suka aku menyanyikan lagi alif ba ta atau lagu phonic song tu.Lepas tu becok lah mulutnya nak mengikut walau hujung ayat je yang bunyi.
Begitu juga dengan naura,sepanjang dia di dalam kereta dengan aku,aku akan nyanyikan dia lagu alif ba ta atau lagu-lagu didie & friends supaya minda dia sentiasa bergerak.
Kalau kita tengok cara orang putih membesasrkan anak,mereka memang suka bercerita atau membacakan buku cerita untuk anak-anak.Kalau korang nak tahu lagi,dari pembacaan aku disini,amalan suka bercerita ni sebenarnya memberi kesan positf terhadap tumbesaran anak.
Mungkin ada dikalangan kita yang malas atau enggan nak membacakan cerita untuk anak kita sehinggalah mereka tau akan manfaat dari membacakan buku kepada anak mereka.
1.Anak cepat bercakap
mengembangkan kemampuan pertuturan dan memperkaya kosa kata anak terutama si kecil yang sedang belajar bercakap.Perbendaharaan kata baru yang didengar melalui cerita akan membantu memperbanyakkan penguasaan kosa katanya ketika bercakap.Secara tidak langsung kita sebenarnya telah mengajar banyak perkataan baru kepada anak melalui amalan bercerita.
2.Anak faham bahasa yang sukar.
Melatih dan memperkaya kemampuan berbahasa dan memahami struktur bahasa yang lebih sukar.
3.Mengenalkan pelbagai Emosi
Bercerita adalah proses mengenalkan bentuk-bentuk emosi dan ekspresi kepada anak seperti marah,sedih,gembira,kesal dan lucu.Ia membantu memperkayakan pengalaman emosinya yang akan mempengaruji pembentukan dan perkembangan kecerdasan emosionalnya.
Sebaiknya semasa bercerita,berikan penekanan intonasi pada bentuk emosi mengikut jalan cerita.misalnya dengan menunjukkan mimik muka atau ekspresi yang bersesuaian sehingga anak anda mampu mengenali dah memahami bentuk-bentuk emosi tersebut.
4.Anak lebih ceria dan gembira
Memberi kesan menyeronokkan,bahagia dan ceria terutama bila mendengar cerita kelakar.Secara psikologi,cerita kelakar akan membuatkan anak berasa gembira dan ceria.Secara tidak langsung ia membantu anak memahami nilai-nilai murni yang hendak diajarkan daripada cerita tersebut.
Namun jangan sekali-kali bercerita kisah lucu yang memperlihatkan kebodohan atau kekurangan orang lain.
5.Anak lebih kreatif dan pandai berimaginasi
Merangsang daya imaginasi dan kreativiti anak,menguatkan memori serta membuatkan anak mampu berfikir lebih kreatif dan cerdas.Jalan cerita yang mempunyai pelbagai bentuk emosi dapat meningkatkan daya imaginasi anak sehingga dia dapat belajar dengan cara membanyangkan cerita tersebut.
jangan terkejut kerana suatu hari nanti anak kecil anda mampu menceritakan kembali cerita tersebut dengan lengkap.Selain dari itu,sesekali biarkan anda bercerita dengan penutup yang tergantung,biarkan akan belajar menjadi kreatif dengan daya imaginasi untuk menghabiskan cerita tersebut.
Secara tidak langsung ia membantu anak melatih daya imaginasi dan kreativitinya.Ia sangat berguna apabila dia melangkah ke alam persekolahan terutama apabila membuat karangan.
6.Anak mudah mengasihani orang lain.
Dapat menumbuhkan perasaan empati dalam diri anak.oleh itu semasa bercerita terutama jika cerita sedih atau menyentuh jiwa,pastikan ia dapat menyentuh perasaannya dan menimbulkan rasa empati.
Sekurang-kurangnya selepas ini,juka dia melihat sendiri kisah sedih orang lain,dia mudah berasa simpati dan empati dan terus ingin membantu.
7.Anak lebih cerdas
Melatih dan mengembangkan kecerdasan anak.Cerita bukan sahaja menyeronokkan anak tetapi mampu memberi manfaat luar biasa bagi kecerdasan anak secara kognitif,emosional ,spritual dan visual.
Dari segi kognitif ia memudahkan proses pembelajaran anak kerana kemampuan berfikir otak lebih mudah menyerap nilai yang terkandung dalam cerita.
Secara emosional pula,cerita dapat mempengaruhi perasaan hati dan mencetuskan perasaan empati dan positf dalam diri anak.
Sementara dari aspek spiritual,cerita boleh mendidik jiwa anak mempercayai kewujudan Tuhan sebagai pencipta yang paling agung dan yang paling layak disembah.Jika kita sering bercerita kisah ketuhanan dan kisah para Nabi,Rasul dan sahabat,secara tidak langsung mereka dapat mengaplikasikan segala kebaikkan yang dipelajari daripada cerita yang didengar dalam kehidupan seharian mereka.
Kisah kehidupan Rasululllah s.a.w kisah para sahabat Nabi atau para syuhada adalah cerita benar yang tepat untuk merangsang kecerdasan anak.
8.Pendidikan terbaik
Bercerita adalah cara terbaik mendidik tanpa kekerasan,menanamkan nilai moral dan etika serta melatih disiplin dalam diri anak.
9.Erat hubungan ibubapa dan anak.
Bercerita dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dengan anak.Amalan bercerita dapat memberi peluang ibubapa untuk menghabiskan masa berkualiti dengan anak terutama bagi yang terlalu sibuk.Dengan membacakan buku cerita ia membuka peluang untuk ktia lebih mendekati anak sehingga dapat membina sebuah komunikasi yang baik.
10.Bentuk peribadi mulia
Membentuk peribadi yang baik dikalangan anak.Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak.Sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahi anak membesar sebagai insan yang berperibadi mulia.Anak-anak bukan sahaja mahukan ibu bapa memenuhi keperluan material semata-mata tetapi perlu juga memenuhi keperluan rohani.
Jadi,dengan ikatan yang rapat dengan anak,ia mampu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai harganya.Ia membantu membentuk anak-anak yang membesar dalam suasana positif seterusnya menjadi insan yang berperibadi mulia.
Sebagai langkah awal untuk menanam minat membaca anak,ia perlu dimulakan daripada ibu bapa.Ceria yang menarik mampu membuatkan anak terpaku mendengarnya dan mencambahkan rasa ingin tahu dan ketagih terhadap aktiviti bercerita atau membaca buku cerita.
Semakin tinggi rasa ingin tahunya, semakin tinggi pula minat membacanya, sehingga membuatkan dia membesar sebagai anak yang suka membaca dan menghargai ilmu.
Sebab tu bila Naura berada dengan aku,sewaktu di dalam kereta,aku selalu mewujudkan komunikasi supaya dia sentiasa peka dengan percakapan yang disampaikan oleh aku.Walau nyanyian,yang aku rasa boleh memberikan input yang baik kepada dia jugak memadai bagi aku..Tunggulah dia dah besar sikit untuk belikan buku-buku tu.Kakak fiyah dah sibuk dengan buku colouring je,
anak-anak anim memang cukup suka kalau anim bercerita dengan diaorang. Tanya soalan macam mana dia keluar dari perut la, suh cerita perangai dia masa kecik-kecik dulu la hahahaha ... tapi seronok layan bebudak ni :)
ReplyDeleteSlalu bercakap dgn anak2 mmg diperakui adalah terapi keluarga semulajadi yg terbaik... minda sihat, keluarga bertambah harmoni, in shaa Allah...
ReplyDelete