Assalamualaikum
Memang sakit hati kan bila dalam kereta penuh dengan Lipas..Lipas???WEh...gila lah dalam kereta pun ada lipas kan..Bukan lipas yang besau tu..Lipas yang comel-comel je tu..Itu pun dah cukup menggelikan aku .
Punca dari lipas ni biasalah,bila dah malas nak bersihkan dalam kereta sisa-sisa makanan yang tertinggal tu dah jadi makanan lipas..Kekadang dari situlah dia beranak pinak.Padahal baru dua minggu lepas aku pi cuci..Aku perasan ada banyak lipas,masa aku tinggalkan bekalan makanan yang masih berbau harum tau..Itupun sebab aku nak hantar anak masuk dalam rumah,Lepas tu malam sikit baru amik bekalan tu..Sekali angkat,makgad!!!lipas banyak dalam plastik bekas makanan tu..Hamik ko!! Melompat mak tengok Lipas-lipas yang comel tu...Terus hari ni aku dok menggoogle bagaimana nak menghalau Lipas dari dalam kereta..Meh aku share tips ni
1.Guna Kapur Semut atau Lipas
Beli kapur semut atau lipas biasa kat mana-mana kedai..Yang paling afdal adalah kedai hardware.Tabur sikit dalam kereta.Sekali terkena kapur tu,lipas akan kehilangan fungsi saraf dalam 4 jam,tak boleh bergerak dan akhirnya mati setelah 10 jam..Uih...Tapi rasa macam kejam sangat kan..
2.Guna Spray Lipas
Yang ni pun aku rasa kejam jugak..Ko sembur je lah dalam kereta bagi dia mati...Kalau boleh cari yang mesra alam..Takler korang sesak nafas dengan bau dia..Kat mana-mana kedai or supermarket ada jual
3.Guna Perangkap Lipas
Yang ni agak rare jugaklah..Kang terjerat banyak-banyak dalam perangkap tu,ada ko nak pegang ke..euiiiwww...geli mak..Hah..lepas tu nak buang kat mana pulak kan.Kalau korang nak guna tips ni boleh jugak la...
4.Daun Pandan
Yess!! Ni paling aku suka..Lipas ni memang tak suka dengan bau Pandan..Confirm lari lintang pukang..Korang pun taklah diCOP sebagai pembunuh..Mereka merelakan pemergian mereka dengan sendirinya..Yukkk!!Di samping tu,korang boleh mewangikan kereta korang dengan wangian semulajadi..Sedap oo bau daun pandan ni..
5.Guna Serai wangi
Apa yang aku tau,Serai wangi ni bukan sahaja boleh menghalau lipas,malah boleh menghalau serangga yang lain..emm..bagus juga kan..So,nantilah nak cari option yang mane satu untuk halau lipas ni..
Tips ni diambil dari blog sini
yang daun pandan tu mmg bagus...dah try...lipas mmg takut...
ReplyDeleteSaya hari tu marah kt lipas tu. Dek kerana takut dgn kegarangan saya, habis lari bertempiaran...hihiiii...
ReplyDeleteJgn marahhhh aaaaa
Wah... boleh try jugak ni......
ReplyDeleteDaun pandan PC dan cuba....alhamdulillah ok..
ReplyDeletemakgad!!! haha! thanx for the tips :)
ReplyDeleteEncik hubby saya memang tak kasi mkn dlm kete.. hehee air suam saja dibenarkan... hahhaaha tapi betul yg daun pandan tu mmg mujarab... serai wangi pun ok... hehhe
ReplyDeletewah nice info! :) Alhamdulillah takde lipas in our car tho :D
ReplyDeleteOh... pandan pun boleh ye Eda. Kakak nak cubalah:)
ReplyDeletePandan rumah kakak banyak.