Assalamualaikum
Hai korang..Ada tak antara korang yang risau bila rambut anak korang tak lebat..Macam anak-anak orang lain yang rambutnya..mak aiihh..bukan main lebatnya.
Selalunya bayi ni,lahir memang lebat rambut,ada yang tipis rambutnya.Selalunya selepas 7 hari kelahirannya,rambut dicukurkan..Ha!! lepas tu ada la pulak yang jenis rambut lambat tumbuh kan?
Masalah tu jugak terjadi pada aku.Risau pulak bila rambut si naura tu tak lebat mana..Lambat betul nak tumbuh banyak-banyak.Terpaksalah umi pakaikan dia headband bagi tidak menampakkan kekurangan rambutnya itu..hehehe...
Dari pembacaan aku di sini,beberapa petua boleh diamalkan untuk melebatkan rambut si anak.Aku sertakan 6 Petua paling mudah untuk lebatkan rambut bayi
1.Buah Keras
Goreng buah keras tanpa minyak sehingga minyaknya keluar sendiri.Kemudian tumbuk buah keras dan sapukan pada rambut bayi.Biarkan beberapa saat supaya minyak buah keras meresap ke dalam kulit kepala bayi.Kemudian bilas rambut anak dengan air bersih.Lakukan dengan kerap untuk mendapatkan hasil yang berkesan.
2.Minyak Zaitun
Minyak zaitun juga dapat membantu menghitam dan melebatkan rambut anak.
3.Kacang Hijau
Kacang hijau merupakan makanan sumber protein yang sangat baik bagi tubuh.Untuk melebatkan dan menghitamkan rambut pada anak,caranya rebus kacng hijau dan berikan pada bayi sebagai minuman(sesuai untuk bayi berusia enam bulan ke atas sahaja)
Minuman kacang hijau ini juga sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut bayi dan menghaluskan kulitnya.
4.Madu
Madu kaya akan kandungan nutrisi yang sangat bermanfaat kepada badan.Anda boleh memberikan madu kepad anak-anak sebagai salah satu menjaga sistem kekebalan badannya.Selain itu,madu jugak dapat digunakan untuk menebalkan serta menghitamkan rambut pada anak-anak.
Caranya sapukan madu pada rambut dan kulit kepala anak dan biarkan selama 15 minit.Setelah itu bilas rambut anak dengan syampu dan air bersih supaya hilang lekit madu.
5. Air Kelapa
Kita sedia maklum tentang kebaikan air kelapa untuk kesihatan tubuh badan,Kandungan antioksidan pada air kelapa mampu menjadikan badan lebih sihat dan mencegah pelbagai penyakit.Selain itu,air kelapa juga bagus untuk rambut.
Gunakan air kelapa untuk mencuci rambut dan kulit kepala kepad anak anda,Lakukan secara rutin setiap pagi dan petang.Hasilnya rambut anak akan lebih hitam dan lebat.
6.Lidah Buaya
Lidah buaya sememangnya tidak asing digunakan untuk merawat rambut supaya lebih lebat dan hitam berkilau.Gunakan gel lidah buaya pada rambut dan kulit kepala anak.Sapukan setiap hari di rambut anak anda,kemudian bilas dengan air dan syampu.Cara ini cukup efektif untuk menyuburkan dan menghitamkan rambut anak.
Teringat dulu aku pernah letak minyak kelapa kat rambut..Masa tu sekolah lagi..bila bukak tudung,omaiii...baunya tak menghengat kan..Tapi bagusnya sebab orang-orang dulu menggunakan untuk melebatkan dan menghitamkan rambut..Tapi aku tak sure pulak kalau untuk bayi ni boleh digunakan ke tidak.Insya allah,nak buatkan naura nanti.Petua tu mudah sangat-sangat.
Source picture:google
boleh cuba ni..lmbt benor rmbut adik Fathia nk naik..nk la raya nnti leh ikat2...ehehhe
ReplyDeleteok..untuk bayi berkesan rasanya, kalau untuk ayah bayi tu, berkesan tak? hehehe
ReplyDeletebagus ni, sebab akak pun nak lebatkan rambut anak, yang ke 3 tu perempuan tapi rambutnya nipis dan lambat panjang
ReplyDeleteowh, ni kne cuba ni..
ReplyDeleterambut IQ dulu lebat sebab letak sun corella...mkanan tmbhan ape ntah...atuk dgn nnek IQ makan...lebat sampai sekarang...nak kena praktis kat anak plak ni
ReplyDeleteBuah keras tu mmg sgt femes utk lebatkan rambut kan.. thanks sharing info ni Aida... :)
ReplyDeleteanak saya yang sulung rambut nipis,,umur 3 tahun baru lah panajng sikit
ReplyDeleteTeringat Nurul masa kecik dulu.. mak kata Nurul dilahirkan botak dengan rambut yang sangat halus dan warna kuning .. segala macam mak lumur kat kepala.. tapi yang paling serasi adalahhh.. jenggg..jenggg... BUTTER! hehee...
ReplyDelete