Makanan Yang Membantu Kuatkan Tulang Bayi

sitirohaida
6
Assalamualaikum

Alhamdulillah..Nur Naura Auni dah pun berusia 7 bulan..Makanya sejak dari 6 bulan lagi dia dah boleh makan makanan pejal..Masa naura berumur 6 bulan makanan yang pertama dicuba adalah Nestum!!Ufftt...Memang kalau boleh taknak la kan bagi nestum kat dia..Tapi dah orang tua dah suruh bagi,jadi terpaksalah bagi juga.Bila dirumah,aku buatkan dia puri lobak,sayur sawi putih,kentang dan sampailah dia nak hampir ke 7 bulan,aku perkenalkan dia bubur pulak.
Makanan Yang Membantu Kuatkan Tulang Bayi
source:google

Kekadang kita sebagai ibu ni,tak tahu makanan mana yang memberikan khasiat kepada anak.Terpaksalah google mencari ilmu tentang pemakanan bayi.Bukan sahaja makanan yang diberikan,malah kita mestilah tahu makanan tu dapat membantu apa dalam pertumbuhan anak kita seharian.Terutamanya tulang.

Bila sebut pasal tulang ni,haruslah kita nak tulang anak kita kuat.Bila tulang mereka kuat,maka,progress mereka tidak terencat.Malah lebih maju dari biasa kan..Selain dari memberikan susu yang bagus,mestilah makanan menjadi topik utama dalam pembesaran mereka.Kekadang kita tak tahu kan Jenis makanan bagaimana yang mampu menguatkan Tulang si anak ni.

Dari pembacaan aku di Sini,ada 5 Jenis makanan yang membantu untuk kuatkan tulang anak kita.

Dibawah ini ada 5 jenis makanan yang dikatakan mampu membantu menguatkan tulang bayi anda.

1.Minyak Zaitun

Sapu minyak zaitun sejak bayi baru lahir untuk membantu menguatkan tulang anak dan melindunginya daripada masalah penyusutan tulang.


2.Madu

Makanan sunnah ini mengandungi zat besi dan mineral yang dapat membantu proses pencernaan bayi dan kurang risiko cirit birit.Tetapi ia hanya sesuai untuk bayi berusia setahun ke atas.


3.Pati kurma dan susu

Rendam buah kurma dalam susu dan lumatkan hingga halus.Beri kepada bayi berusian tujuh bulan ke atas.


4.Kubis
Rebus kubis dan kisar hingga halus.Kubis mengandungi kalsium yang tinggi dan baik untuk pertumbuhan tulang.


5.Biji Gandum

Rendam biji gandum selama lima hingga enam jam.Kemudian masak ia.Campur sedikit dengan nasi,susu dan gula.Kisar sehingga halus dan beri anak anda makan.


emmm..Nampaknya aku ketinggalan untuk memberikan kurma pada Naura.Nak carilah..Last makan kurma adalah masa mengandungkan dia.Masa tu memang rajin aku amalkan Kurma selain Minyak zaitun,pati delima dan madu.Alhamdulillah..Tulang naura memang kuat berbanding kakak dia dulu.Itu sahaja sedikit perkongsian dari aku..Insya allah..sama-sama kita amalkan ye
Tags

Post a Comment

6Comments



  1. Anak saya bskal dilahirkan tak lama lagi, maka tip yang kamu beri memang terbaik.

    Bolehlah nanti bagi kat baby saya.

    ReplyDelete
  2. yang minyak zaitun tu baru tahu...tq for good info...

    ReplyDelete
  3. tq for sharing.. kak Alycia perasan sejak masukkan minyak zaitun dlm bubur Zhafran nmpk dia cpt progress merangkak dan nak jln..

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kakak dulu tak ada puri-puri semua macam sekarang Eda. Kakak dulu pagi memang bagi nestum tapi tengahari dan malam makan bubur nasi. Siap letak kentang/carrot/bayam. Campur isi ikan atau ikan bilis atau ayam. Ingat lagi.

    Dulu tak ada pendedahan macam sekarang.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !