Assalamualaikum
Alhamdulillah...Dah 7 bulan berlalu dan 7 bulan juga Nur naura Auni masih lagi breastfeeding.Walaupun tidak sepenuhnya breastfeeding,bersyukur,masih lagi diberikan peluang untuk terus breastfeeding.
Sebenarnya dari dia berusia 6 bulan lagi,ummi nya dah surrender nak menyusukan dia.Bukan sebab apa,kekadang kekangan waktu mengepam tu sangat terhad.Kalaulah dapat duduk sentiasa di meja office takpe kan..Ini,perlu ke sana dan kesini membuat kerja.Table pun open je.Memang payah nak mengepam.
Tapi syukur masih lagi boleh breastfeed,dan masih lagi ada susu untuk si kecil ni.Waktu menyusu dengan aku adalah masa dia bersama dengan aku.Yang syukur sangat tu,bila dia nak,susu tu sentiasa ada.Make sure pagi sebelum ke tempat kerja aku susukan naura,begitu juga balik dari tempat kerja..Memang wajib!!!..Masa mula-mula tu ada jugak lah bengkak susu..Sebabnya.ummi memang dah tak daya nak mengepam waktu bekerja.
Bila dah terjadi bengkak susu ni,maka sangatlah tidak sihat..Mulalah badan rasa dedar je.Semuanya serba tak kena.Yang pastinya bila terjadi macam tu,aku akan tuamkan tuala yang direndam dengan air suam supaya bengkak tu surut.
Bercakap pasal bengkak susu ni,tahu tak korang,sekiranya nipple kita tercedera atau ada luka(biasanya disebabkan trauma ketika baby sucking)bila luka,tersebut menjadi parut,liang pori susu boleh tersumbat,manakala liang lainnya masih boleh mengeluarkan susu seperti biasa.jadi breast tdak bengkak sepenuhnya sebagaimana lazimnya bengkak susu biasa,tetapi ada individual breast lobules yang bengkak di dalam.Kadang-kadang sampai berhari-harikerana jika dipam pun,susu susah nak keluar daripada liang yang berkenaan sebab porinya dah tersumbat.Bayi hisap,lagi menyakitkan
So cara nak atasinya
1.)The painful way
-urut dengan kuat ditempat yang sakit dengan direction ke arah nipple sehingga liang pori berparut itu terbuka dan susu memancut keluar darinya
2.) The Less Painful way
Cuba ikhtiardengan Lecithin.Kata Dr.Jack Newman(a canadian physician & lactation consultant),it may do this by decreasing the viscosity of milk by increasing the percentage fatty acids in the milk.
Lecithin membantu mengurangkan kelikatan susu agar lebih mudah untuk dikeluarkan daripada liang yang tersumbat itu.Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari ketika bengkak susu.
Boleh juga sapu herbal blend cream pada bahagian nipple crack ,insya allah lega.
Emmm...Nak breastfeeding tak semudah yang disangka.Kerana susu tu datang dari minda/otak..Kalau kita positif insya allah...Semuanya bergantung pada diri sendiri..Tak semua ibu berjaya menghabiskan masa breastfeeding sehingga anak mereka dua tahun..Dan aku percaya semua yang berlaku ada hikmahnya..Sesungguhnya Allah swt maha mengetahui..So kepada ibu bapa yang tidak dapat menyusukan anak dengan jayanya,janganlah kusut..Semuanya ketentuan Allah kan...sama macam aku ni ha..hehehe
same with me kak. Tak boleh full breasfeeding my Dayyan..
ReplyDeletengeri ja dgr psl bengkak susu ni.. sbb xpernah alami snri .. :)
ReplyDeleteRezeki baby tu KD dpt menyusu sampai sekarang. Betul....kalau bengkak mmg boleh demam kita dibuatnya. Teringat masa anak sulung dulu, lukanya lain, bengkak susunya lain, demamnya lain...ohhh serik rasanya....
ReplyDelete