Assalamualaikum
Alhamdulillah..Hari ni 29 Februari.. Bukan senang kan nak jumpa tahun ni..Selalunya kita cuma lihat februari cuma ada 28 hari sahaja.
Buka facebook pagi ni ,facebook dah reminder hari ni adalah 29 haribulan...Wahh..rasa teruja kan..
source from my facebook
Hari ini juga dikatakan tahun lompat kerana ianya berlaku dalam 4 tahun sekali.Meh kita lihat tentang tahun lompat :-
1.Ia berlaku dimana apabila ada 29 hari pada bulan februari,Biasanya bulan februari hanya 28 hari sahaja,ia akan berlalu 4 tahun sekali.Maknanya tahun ini akan ada 366 hari berbandung 365 hari kebiasannya.
2.Tahun 2012 merupakan tahun lompat dan ianya akan berlaku pada tahun 2016 iaitu tahun ini dan seterusnya 4 tahun akan datang.
3.Kenapa perlu ada tahun lompat?Seperti yang kita tahu,bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun.Tahukah anda bumi mengelilingi matahari secara lengkap bukan 365 hari atau 366 hari dengan tepat?Sebenarnya,bumi mengelilingi bumi mengambil masa 8766 jam bersamaan 365 hari 6 jam.Setiap 6 ja,daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikan 1 hari(6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam= 1hari itu diletakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 februari .Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.
4.Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 februari pada tahun lompat,selalunya dia akan menyambut hari kelahirannya pada 28 februari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa.Ini keistimewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 februari..(sumber sini)
Mesti syok bila dapat berkumpul dengan rakan-rakan yang lahir pada tahun lompat ni.Siapa kat sini yang lahir tahun lompat...cer komen sikit
selamat hari lahir buat sesiapa yang lahir hari ni ;)
ReplyDeletesesiapa yang lahir pada 29hb feb...happy birthday :)
ReplyDeleteHappy birthday kpd warga tahun lompat... you are the best!! :)
ReplyDelete