Assalamualaikum
Apa lagi yang menyeronokkan bila melihat perkembangan anak-anak kita kan.Satu demi satu perkembangan anak itu mampu memberikan semangat kepada ibu bapa untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak dia.Perjalanan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan anak anda.Ia adalah petanda anak akan meniggalkan dunia bayinya.Kebanyakkannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak,bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan ia berjalan.
source:google
Paling best part dia mula bertatih.selalunya anak kecil akan melakukan langkah pertama pada usia antara 9 dan 12 bulan.Ianya bergantung kepada anak kecil tu jugak.Ada anak kecil yang cepat berjalan dan ada jugak yang lambat.Tapi kita sebagai ibu bapa kena rajin membantu anak-anak ini untuk berjalan..
Apa yang sudah aku baca di artikel dari pama,ada beberapa tips yang boleh meningkatkan kemahiran anak kecil ini berjalan.
1. Utamakan Keselamatan
Pastikan persektiaran rumah selamat untuk mengelakkan anak daripada mendapat kecederaan ketika belajar berjalan.
2. Bantu anak
Setelah anak anda belajar merangkak,bantu dia untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.
3. Ajarkan anak
Walaupun si kecil mula berdiri sendiri,dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk.Mungkin dia akan menangis.Jangan hanya memujuk untuk meredakan tangisannya,tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk.
4.Alat sokongan
Pastikan ada perabot untuk dia pegang supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.
5.Beri galakan
Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya.Anda boleh menggalakkan bayi berjalan sambil memegang kedua tangannya.Anda boleh memegang tangannya sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda seterusnya lepaskan dia berjalan tanpa bantuan lagi.
6.Berada dekat dengannya.
Sentiasa ada dekat dengannya.Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan.Selepas mencuba,dia akan lebih yakin untuk berjalan lagi untuk langkah demi langkah.Sebelum anak anda tahu berjalan dengan sempurna,anda pastinya akan menangkap dia beberapa kali untuk mengelakkan dia terjatuh.
7.Elak guna Walker
Apabila mengajar anak untuk berjalan,jangan menggunakan walker.Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
8. Kasut? Tak perlu lagi
Elakkan membeli kasut sehinggalah anda boleh berjalan.Biarkan dia belajar berjalan di permulaan kasar,sejuk,berpasir atau berumput.Galakkan anak berjalan berkaki ayam kerana ini membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelerasan.Pastikan kakinya dibasuh segera untuk mengelak sebarang jangkita kuman.
9.Rajin buat senaman
Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman.Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badan dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan ketangkasan.
10.Alat permainan sokongan
Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan.Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola.Aktiviti-Aktiviti ini sedikit sebanyak akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.
11.Jangan Memaksa
Bagaimanapun ,jangan memaksa anak anda unutk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi.Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya.Jangan bimbang,dia akan berjalan dalam tepoh masa terdekat.
12.Tunjuk Cara
Cuba ajak si kecil untuk berjalan bersama tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh.Mulakan dengan berjalan di hadapan rumah anda,atau laman rumah.
13. Jangan tinggalkan
Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian.Dia mungkin akan terjatuh atau memerlukan bantuan anda.
Begitulah beberapa tips untuk membantu anak kita bertatih..Yang penting kita usaha untuk mereka dan yang paling penting kita tidak memaksa anak kita untuk bertatih.Awfiyah dulu nak masuk setahun baru nak bertatih.masuk setahun dua bulan dia dah berjalan jatuh..Ada juga anak-anak yang seusia 9 bulan dah boleh untuk berjalan.
Emm..ni tengok pulak adik dia Naura,bila gaknya dia akan bertatih..kita tunggu nanti ye
sumber :http://pama.karangkraf.com/bayi/perkembangan/sayang-mama-dah-besar-13-tip-ini-bantu-adik-bertatih-1.437486
Masa belum bertatih kita memang tunggu Eda
ReplyDeleteNanti bila dah mula berlari tengoklah tak terkejar apa lagi kalau Naura dan kakaknya main
Mahu tak payah joging dah banyak lemak hilang dok mengejar mereka berdua:)
x sabar nak tunggu baby amirah pandai berjln. mesti sronok. tips yg bgs ni kak. thanks berkongsi
ReplyDelete