Melihat perkembangan anak-anak ni memang seronok kan.Bila anak ada perkembangan terbaru mesti rasa teruja.Dan dari situlah ibu bapa sempat merakam detik detik indah perkembangan anak-anak mereka.
Tak terkecuali aku ni.Setiap perkembangan anak-anak memang membuatkan diri ini terhibur.Di dalam phone terdapat banyak gambar-gambar perkembangan anak-anak aku dirakam..
Setiap bayi melalui tahap-tahap pertumbuhan dalam diri mereka..Apa pulak ye yang dikatakan pertumbuhan bayi tu ye.Terbaca tentang tahap pertumbuhan bayi di sini.Jom semak!
0 - 03 bulan
- Berupaya bertindak balas jika anda menyentuhnya dengan lembut pada pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
- Dalam tempoh ini juga,kemahiran motor bayi mulai terbentuk dengan baik.Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki,
- Mata bayi sudah menoleh melihat tetapi tidak fokus
- Pada usia enam minggu,bayi boleh tersenyum
- Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap
- Pada usia tujuh hingga lapan minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
- Pada usia sembilan minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
tips: Beri bayi anda alat permainan yang mengeluarkan bunyi untuk merangsang kemahiran pendengarnya.
03-06 bulan
- Pada usia 14 minggu,bayi sudah boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
- Bayi juga boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
- Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
- Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
- Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-nendang kakinya.
- Genggaman tangan bayi mulai kejap dan kemahiran motornya kian mantap.
- Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah anda.
Tips : Menyanyi akan menceriakan bayi anda dan merangsang kemahiran lisannya.Jadi,ajaklah anak bertepuk tangan dan gerakkan badannya mengikut rentak muzik.
06-09 bulan
- Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan,perut dan lutut.
- Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
- Bayi juga mulai merangkak.
- Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
- Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet,rak,meja dan sebagainya.
- Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti 'ba' atau 'da' yang jelas tetapi tidak difahami.
Tips: Ajar anak menyebut perkataan yang mudah seperti mama dan papa untuk merangsang kemahiran bercakap.
09- 12 bulan
- Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
- Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
- Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
- Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
- Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu,bapa dan adik beradik.
- Sudah memahami arahan anda seperti 'jangan'.
- Bayi gemar bermain 'sorok barang dengan anda.
Tips : Mengajak anak bermain 'sembunyi-sembunyi' akan merangsangnya menjadi lebih fokus ketika melihat.
12-24 bulan
- Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata,contohnya "mana Mama?"
- Ketika bercakap,mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
- Semasa membaca buku bersama,mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
- Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
- Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
- Sudah pandai melukis.
- Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tips: beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda
Begitulah kita bila dah jadi mak-mak ni..Perkembangan anak tu pun suatu benda yang penting yang kita kena take noted kan..Bukan senang nak jadi ibu bapa ni..Kena dan perlu prihatin juga dalam setiap tumbesarannya dari sehari ke sehari..Tapi walaubagaimanapun,takde ibu yang mengeluh dengan apa yang dilakukan..
sumber gambar:google
Assalamualaikum, betul kena pantau perkembangan anak anak, makin besar makin lebih tanggungjawab parents ni..
ReplyDeletewahhh... dah ada anak nanti boleh baca ni betul2 ni.. bookmark dulu.. heee
ReplyDeleteook bagus ni, boleh dijadikan rujukan
ReplyDeleteBagi dia makan sendiri..habis sepah meja makan. Bagi pegang sudu nanti dia sudu lain pastu sudu mulut dia balik.
ReplyDeletememang seronok tengok perkembangan anak...tapi terasa cepat nya dia besar..sob2
ReplyDeleteSalam singgah. Info ni sangat berguna terutamanya mereka yang bakal bergelar ibu. :)
ReplyDelete