Assalamualaikum
Salam pagi jumaat korang!!Pepagi ni dah bercerita pasal anakanda sorang tu..Posisi tidur yang paling disukai Naura sekarang adalah Meniarap!!
Bila dah tidur meniarap ni,rasa risau jugak la kan,kot tak boleh nak bernafas ke,wallahualam.Ada orang-orang tua kata bagus sebab baby tidur meniarap ni,perut tak masuk angin..Tidur pun lena.Tapi tu semua ada pro dan kontranya la..Sebab hasil pembacaan aku di sebuah blog mengatakan ada kebaikan dan keburukkan Tidur meniarap ni.Pernah juga terfikir macam mana tidur yang paling selamat untuk bayi ni.
Aku ambil dari hasil pembacaan aku di SINI Tentang Kebaikkan dan Keburukkan bayi tidur meniarap
American Academy of Paediatrics berkata,posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara terlentang dan bukan meniarap atau mengiring.Kejadian kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome-SIDS telah berkurangke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992.Posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat pernafasan.
- Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya
- Leher,bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat,sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah
- Bagus untuk perkembangan otak bayi
- Tidur bayi akan lebih lena dan nyenyak.
- Dapat mengelakkan bayi dari masalah kembung perut
Yang di atas ni aku setuju sangat sebab Naura pun macam tu
Keburukkan Tidur Meniarap
- Meniarap akan memberi tekanan pada rahang bayi dan menyebabkan saluran nafas sempit
- Meningkatkan risiko SIDS(Sudden Infant Death Syndrome).
- Apabila bayi tersembam,mereka tidak kuat mengangkat semula kepala untuk membolehkan mereka membetulkan kedudukan kepala dan bernafas.
Sekarang ni kita tengok pula apa Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
- Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
- Tidak menggunakan bantal,alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
- Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
- Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
- Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi dan jangan biarkan bayi tidur
Langkah Keselamatan Tidur Meniarap
- Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras yang boleh menenggelamkan muka bayi.
- Tidak menggunakan bantal, alas tilam atau sebarang mainan berdekatan dengan muka bayi.
- Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada.
- Sentiasa awasi bayi anda ketika mereka tidur.
- Pastikan jarak anda tidak jauh dari bayi,
Ada info extra yang dikongsikan di sini
Sebahagian daripada ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap.Mungkin mereka memutuskan hukum tersebut berdasakan hadis di bawah ni
Dari Abu Zar RA,Beliau mengatakan,
"Suatu hari Nabi s.a.w sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara meniarap(tidur atas perut).Maka baginda membangunkan aku menggunakan kakinya dan berkata,"Hai Junaidib(panggilan Abu Zar),sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara terbaring penghuni neraka."Hadith Riwayat Ibnu Majah)
"Sebaiknya jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat ulama yang menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh membawa mudarat. Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w
Dah Masuk 5 bulan Naura.Rasa masam baru semalam je lahirkan dia.. Sekarang dah pandai meniarap,angkat bontot tinggi..angkat tangan,kepala tinggi..Tak lama lagi akan maju ke depan..Syabas nak!!
tu lah kalau nak bg bb tido nyenyak bg tidur niarap
ReplyDeletetp kdg2 bb xmau..cam bb iols mmg depa xmo layan tido niarap2 ni..nk berkepit gak ngan mama diorg haha
Comelnya Naura tidur meniarap....
ReplyDeleteKetiga tiga anak melati diajarkan tidur meniarap sejak hari pertama. Ok je...seawal 5 bulan da bolej merangkak.
ReplyDeleteAda kelebihan dan keburukannya tidur meniarap ni kan..
ReplyDeleteZumal tengok mereka yang tidur meniarap masa baby jadi orang yang genius bila besar ^-^
Deletealolololoo comeynya tido ek..
ReplyDeleteZhafran dah besar ni pun suka tido meniarap...
ReplyDeleterasa selesa kot...
tq singgah dan komen di blog kak Alycia ;)
anak2 aida semua tido tiarap sejak tali pusat tanggal.
ReplyDeleteanak2 buah semua sama. yg jelas, kepala bulat kat belakang.
cantik :)
masa dia kecik, memang pantau la ditakuti dia sembam kan muka and x bernafas.
but, later, semua ok hingga la besar.
betui.. takut sgt kalau baby tidur meniarap.. kene tgk2.. jgn muka dia tertutup..
ReplyDeleteseronok la tengok baby kecik...rasa nak ada baby baru pun ada he..he.
ReplyDeleteKalau baby yg belum kuat angkat kepala ada risiko juga kalau tidur meniarap
ReplyDeleteTapi kalau macam Naura ni dah oklah pusing-pusing pun dah makin ligat tu:)
alaaaaaa...mencikknyaaa comel sangat ni kak...hahahaha...alhamdulillah membesar dengan sihat :)
ReplyDeletebaby memang suka tidur meniarap :)
ReplyDeleteeiii geramnya ngan dak naura nihh.
ReplyDeleteJOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan