Assalamualaikum
Anak Dara ni sekarang dah pun pandai nak berselfie.Apa tah lagi bila dah mula nak bercakap ni,Lagi becok mulut dia.Handphone ummi ni memang tak boleh dipegang,mesti dia nak jugak.Actually ummi ada donwloadkan dia cerita Didie And Friends.Lagu-lagu untuk kanak-kanak.Handphone ummi pun dah berat dek kerana download lagu-lagu untuk dia.
Bila ummi pegang handphone,automatik dia cakap "ummi,nak...ngok!!..maknanya dia nak tengok lagu didie and friends tu.walaupun sekarang ni dalam fasa nak bercakap,tapi ummi sangat suka melihat perkembangan dia.Dah pandai tunjuk mana hidung dan sebahagian mukanya tu.Dah pandai nak buka pampers.Nak kencing katanya,Dan satu paling pantang sekarang ni,bila ummi suruh buka baju,mesti dia ajak pi bilik mandi.Of courselah dia nak mandi..Paling suka bab main air.
Setiap kali nak makan or dengar orang azan,mesti dia angkat tangan untuk doa.dia panggil orang sembahyang tu amin.Nak salam tangan orang pun panggil amin jugak.haishh la anak....
Sekarang ni bila suruh bergambar pun,dah kemain nak buat muka.Banyak dalam handphone tu gambar dia dari adik dia..emm..bila bercerita pasal adik dia,tuari demam dan selsema.Paling tak suka bila anak-anak kena selsema.Bukan ape,kesian kan bila budak kena selsema.Nak tidur dan bernafas pun payah.Kadang-kadang aku meniarapkan dia supaya senang untuk dia bernafas.Nak tinggikan bantal,sekarang ni asyik nak meniarap je.Risau takut lemas kena bantal pulak..
La ni bila adik dah berkurangan,kakak pulak kena.Selsema dah start dari semalam.Ummi dah ready bagi ubat selsema kat dia,Tak nak bagi selsema tu melarat pulak.
Wefie anak beranak.Saja buat black and white..Macam gambar lama..hehehe
Kaki budak nyotnyet yang gebas tu..ubat tu untuk adik naura..
Wefie adik ngan kakak...
chomeyy je
ReplyDeletecute.. budak skrg mmg pandai selfie
ReplyDeletehehehe...
Alaa.... Eda kena cari masa terbaiklah utk jumpakan dua anak dara tu dgn kakak
ReplyDeleteTak sabar betul. Meh kita jumpa di Giant Plentong. Sama-sama separuh jalan - tengah-tengah jarak antara rumah kita hihi.. Geramlah kakak tengok mereka ni:)
ok jugak tu kak...tapi bila tu..hehehe
Deleteala comelnya
ReplyDeletealahai anak2 cerdik ni.
ReplyDeletedia da reti ekk nak selfie.
ok la tu. ikut peredaran masa.
anak kita lebih kurang. phone kita mcm phone dia la plak.
Salam singgah sini sis...comelnya mereka ni sis...kanak² sekarang dah pandai wefie selfie ni...hihi
ReplyDeleteAnak-anak zaman sekarang hihihi. Salam kenal n follow sini.
ReplyDeleteBetul KD....kesian tengok budak seme, bagi vickslah kat dada tu, kasi lega. Org tua kata jgn bagi mandi basah kepala sampailah seme tu rede.
ReplyDeleteAlolo comeynya berwefie adik beradik ....hihi....
Fiya tu bape tahun. Nampak kecik lagi.
Anak kita pun dah masuk hari ke 4 selsema. Sian kan.
ReplyDeleteLahai comelnya baju sama
ReplyDeleteDua-dua comel. . semoga selsema cepat sembuh..
ReplyDeletemakin bijak fiyah..
ReplyDelete