Assalamualaikum
Di sekitar Johor bahru ni,yang setakat ni aku tau atau kat tempat lain dah ada dah..Itu aku tak tau..hahaha...Baru-baru ni rasa viral jugak la di fb aku pasal Coffee ni..Actually yang paling viral adalah Pirate Coffee.Memang dah banyak jugak kiosk-kisok di sekitar tempat Pasir gudang ni.Cuma aku belum berkesempatan untuk merasai kenikmatannya lagi,
Hujung minggu hari tu,masa balik dari servis kereta,ternampak Coffee Legend bukak kiosk tepi jalan..Cakap kat husband,nak cuba tak coffee ni.Husband apa lagi,tak menolak la kalau berkaitan dengan ais ni..memang pebret dia kot.Pergi le kami menjengah kat situ..Tanya apa yang menarik kat owner kedai tu.Dia kata semua sedap..ho lah!! takdenya kan penjual kata menu diorang tak sedap.
Dia kata,kiosk ni baru berada di pasaran baru hari ni.Maknanya kami antara orang pertama merasai Coffee Legend ni.
Aku pilih pebret aku lah kan Mocha.Cuma beli satu je
Banyak lagi perisa yang ada..Pilih je mana yang korang nak.
Tapi taklah sama macam yang jual kat starbuck tu.Tapi bagi aku oklah..Sedap..cuma disebabkan aku kurang minum ais,so banyak husband yang minum habiskan.Kalau ikutkan hati nak je sedut sampai habis...Tapi fikir nanti bby nak BF,kesian kat dia..
Oh..lupa pulak..Harga untuk satu cup kalau tak silap aku rm6..Lagi satu cup dia besar weh!!! puas hati.
Untuk warga pasir gudang,korang boleh cari Coffee Legend ni kat kawasan tapak pasar malam di Jalan Betik pasir gudang..
Terima kasih kerana sudi membaca :-http://www.kisahsidairy.com/2015/11/menikmati-coffee-legend-rileksrespond.html
Macam tak pernah jumpa pulak kat KL ni...Hubby okje penggemar coffee. Sure dia pun tak tolak kalau ajak cuba ni hihi...
ReplyDeleteLya bukanla pggemar coffee..da mcm Starbuck pun da juga kan hihi
ReplyDeletenama pun dah legend...
ReplyDeleteMurah tu. Starbucks at least rm14.
ReplyDeleteCoffee legend.. Menarik nama tu.. Aiza alahan pada kopi..
ReplyDeleteSemakin banyak kiosk2 minuman dibuka kan kak... Mana tau kot2 bila dah bertahun2 bisnes ni bertapak, boleh buka franchise pulak.
ReplyDeletemacam2 kopi kan sekarang ni..pirate coffee la..ngencess coffee la..messy coffee..lagi apa ek...ha 5 jump tu pon..trend2
ReplyDeletebanyak dah kak orang niaga coffee gini..nama jer lelain..
ReplyDeletemasyuk jugakkk tu..sini sebekas 5 hengget..
memang cup besar giler..
dah ramai orang jual kopi ni kan..kalau pencinta kopi of course kena try rasa
ReplyDeleteviral pasal pirate coffee tu.
ReplyDeletetapi aida x sempat rasa lagi!
kat melaka ada. tu la nak gi nanti la...
nak le rasa kan :)