Assalamualaikum
Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Tetaplah kamu dengan Habattus sauda.Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit,kecuali mati.(hadis riwayat Bukhari)
Alhamdulillah..sudah 4 bulan,masih diberi peluang untuk breastfeeding Naura.Walaupun kekadang tu rasa sukar untuk menghasilkan stock,tapi aku tetap mencuba.Bukan senang nak meneruskan breastfeeding ni kalau jiwa tak kental.hehe..Kekadang ada masa down sebab stock yang semakin berkurangan.Yelah,takat ni Naura ada jugak aku campur dengan susu formula disebabkan stock yang terhad.Tapi alhamdulillah sehari pun kekadang dia ambil sekali je susu formula tu.Kalau boleh aku nak buang terus perkataan susu formula dalam breastfeeding journey aku.
Bila mak-mak yang BF anak ni,banyak tenaga dan masa yang diperlukan.Untuk tambah stock,untuk bangun pepagi buta buat power pumping..Semua tu memerlukan semangat.Kadang-kadang badan cepat letih.Yelah,ibu bekerjaya lagi lah kan memerlukan banyak tenaga untuk semua tu.
Bila badan dah penat,maka penghasilan susu jugak akan terjejas.Dah mula down.Lepas tu nak naikkan lagi penghasilan susu,kena buat banyak perkara jugak.
Untuk menghilangkan badan yang penat dan kekadang jiwa kacau tu,laju je jari menggoogle milkbooster yang ada di pasaran.Sekarang ni,memang terlalu banyak milkbooster sampai tak tau nak pilih yang mana.Ada jenis pil,minuman, dan banyak lagi la.Harga pulak,ada yang mahal dan ada yang murah.
Tapi bila aku search kat google,terkeluar la Habattus sauda yang mempunyai ubat bagi segala jenis penyakit.kecuali mati la kan.
Apa itu Habbatus Sauda?
Habbatus Sauda' atau nama saintifiknya Nigella Sativa adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh dikawasan timur tengah dan mediterranean.
Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang.Habbatus sauda juga dikenali dengan nama Kalounji(India),Black Cumin(Inggeris),Jintan Hitam(Melayu)serta banyak lagi.
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit.Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu.Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.
Dari kajian yang dilakukan didapati Habbatus Sauda mempunyai pelbagai kandungan yang amat berkhasiat yang mampu merawat sistem kesihatan badan manusia.
Apa yang terkandung dalam Habbatus Sauda?
Meningkatkan Imunisasi-Habbatus sauda membantu mengelakkan diri dari jangkitan penyakit,sesuai untuk pengidap Aids,pesakit kanser,penyakit berkenaan ketahanan badan,membantu melawan penyakit
Anti Inflamasi - Habbatus Sauda membantu mengurangkan bengkak dan radang,sesuai untuk pesakit asma(radang paru-paru),sakit kulit eczema (radang kulit) dan arthritis ( bengkak sendi)
Melancarkan Saluran Pernafasan - Habbatus Sauda membantuk melegakan saluran pernafasan yang membengkak (lihat Anti Inflamasi)
Anti Histamin - Habbatus sauda mencegah cetusan histamine(punca alahan) dalam badan,sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan kepada makanan laun dan debunga juga asma
Anti Bakteria - Habbatus sauda membantu mengelakkan dari jangkitan E-coli,V cholera dan shigella,mengubati cirit birit ,sesuai untuk kesihatan dalam perut dan usus,mengatasi masalah bau mulut dan tonsil
Penyakit Puan - Habbatus sauda membantu membetulkan putaran haid,memperbanyak air susu ibu,meningkatkan tenaga,meningkatkan kesuburan.
Saluran Perkumuhan - Habatuss sauda membantu merawat jangkitan pundi kencing,melawaskan perkumuhan.
Anti Parasit - Habbatus sauda membantu membunuh cacing dalam perut,juga sesuai untuk kanak-kanak(lebih dari 5 tahun)
Membantu Meningkatkan Daya Ingatan - Habbatus sauda mempunyai asid omega 6 dan Omega 3 yang baik untuk otak dan kecerdasan.
Membantu Merawat Tenaga Batin - Impotensi,Meningkatkan tenaga seksual(untuk lelaki dan wanita)
Membantu Mengecutkan ketumbuhan(anti Tumor) - Khusus kepad mereka yang mempunyai ketumbuhan, kanser ,tumor dan lain-lain
- Kepada yang ada kencing manis serta darah tinggi makan habbatus sauda adalah penyelesaiannya.
** So,bila dah banyak kebaikkan dalam Habbatus sauda ni.maka beli la aku akan Habasyi Oil ni.
So far takat ni,badan tak cepat lesu macam dulu lagi.Tu yang bestnya..So,boleh buat kerja extra pada malam hari..Kalau tak,dah lama aku abaikan buat power pumping tu.
Oklah..jom kita tengok kebaikkan Habbasyi Oil ni pada wanita yang breasfeeding macam aku ni
CEPAT. Sifat semula jadi Habbatus Sauda yang panas dapat mempercepatkan kelancaran urat-urat susu dalam badan.
BERKESAN. Habbatus Sauda dalam bentuk minyak lebih CEPAT bertindak balas berbanding dalam bentuk serbuk.
MUDAH dan SENANG untuk dimakan sebab ia dalam bentuk kapsul. Tak perlu dibancuh.
SEMULA JADI. Ia dalam bentuk natural minyak (kapsul) dan 0% bahan kimia yg digunakan.
EFEKTIF dalam menghasilkan tenaga TAMBAHAN segera kepada badan ibu yang penat bekerja bagi menghasilkan susu lebih banyak.
PRODUKTIF dalam pengeluaran susu kerana urat-urat susu dan darah akan lebih lancar disebabkan ianya adalah AGEN DETOX (Pembuang toksin) yang TERBAIK.
Hasil yang KONSISTEN. Pengambilan Habbasyi Oil yang konsisten + minum 3L air sehari dapat membantu menambahkan kuantiti susu EBM.
SUNNAH Nabi Muhammad SAW yang disebut dalam hadis Baginda.
“Habbatus Sauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali maut”
sumber:pumponthego“Habbatus Sauda adalah penawar kepada segala penyakit kecuali maut”
satu botol tu ada 120 biji..
harga rm55 include postage
aku beli kat instagram..tapi jangan tanya aku nama dia siapa sebab aku dah lupa..hahaha..
Apapun aku nak pesan jugak kat korang,kekadang tak semestinya supplement tu membantu.Yang penting kena pam secara isiqomah..kena banyak belajar ilmu breastfeeding.Tu semua nak kena ada ilmu jugak sikit-sikit..ececeh....google je kalau nak belajar pasal Breastfeeding ni..
TAPIIIIIII.....
Ha...panjangkan tapi dia,,,bila susu dah banyak,pump pulak buat spoil..Tak suka betul..Nanti aku cerita di lain entry...
Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Syukurlah sekurangnya sis da berusaha kan nak bf baby naura sepenuhnya mudahan niat sis trmakbul amin
ReplyDeleteAmin.. Semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteBanyak ilmu yang aiza dapat mengenai BF bila baca entri ini.. Baru aiza tahu banyak khasiat habbatus sauda termasuklah untuk banyakkan susu..
semoga terus istiqomah kak..saya terus menyokong
ReplyDeletebagusada supplement ni..at least boleh membantu
ReplyDeleteSaya dulu pun makan habbatus sauda jenama ni. Memang best, banyakkan susu dan badan pun rasa ringan jugak...
ReplyDeleteselamat maju jaya ya..