Assalamualaikum
4 Fesyen Skirt Labuh Popular l Ramai wanita muslimah menjadikan Skirt labuh menjadi satu fesyen yang trending dalam pemakaian mereka seharian.Ianya bukan sahaja dipakai untuk ke acara-acara rasmi,tetapi juga sebagai salah satu fesyen apabila mereka keluar bersiar-siar.Banyak keluaran Skirt labuh yang boleh dipilih dan digayakan oleh wanita muslimah.Terlalu banyak fesyen skirt labuh terkini yang dihasilkan oleh pereka fesyen tanah air untuk wanita muslimah.
Untuk bergaya feminine dan pada masa
yang sama kelihatan sopan, wanita sering memilih untuk memakai maxi skirts
berbanding seluar. Terutama sekali wanita Muslimah, rata-rata kini ramai yang
memilih untuk bergaya dengan koleksi fesyen skirt labuh online dan dipadankan dengan pemakaian blouse Muslimah atau t-shirt berlengan panjang yang loose.
Pemakaian skirts ini
juga boleh menjadikan si pemakai tampak lebih tinggi dan langsing. Tidak
hairanlah jika koleksi maxi skirts kini menjadi trending dan boleh ditemui
dalam pelbagai rekaan yang menarik seperti berikut;
Pleated Maxi Skirts
Fesyen skirt labuh yang paling
popular dikalangan hijabi adalah pleated maxi skirts. Ia mempunyai rekaan yang
berlipat dan menjadikan skirts ini mempunyai potongan yang beralun.
Flared Maxi Skirts
Fesyen kedua pula adalah flared maxi
skirts yang mempunyai potongan kembang seakan payung. Ada juga yang menggelar
fesyen skirts ini sebagai umbrella cutting skirts.
Peplum Maxi Skirts
Fesyen berikutnya pula adalah peplum
maxi skirts yang direka dengan tambahan ropol pada bahagian atas skirts.
Mermaid Maxi Skirts
Dan fesyen skirts labuh yang terakhir
adalah mermaid maxi skirts atau skirt yang direka dengan potongan ala ikan
duyung. Jika flared skirts dan pleated skirts mempunyai rekaan yang kembang,
skirts ini pula hanya kembang di bahagian bawah dan direka dengan potongan yang
agak ketat pada bahagian pinggul.
Sekarang ni,tak susah nak membuat pilihan.Pilih sahaja mana yang sesuai dengan kita untuk digayakan kemana sahaja.
Lya gemar beskirt labuh d padankn dgn blaus
ReplyDeletecantik2 je.. cik ensuka yg tidak ketat
ReplyDeleteJemput singgah blog Nurfuzie.com
jarang pakai skirt. tu pun pakai kalau ada event ,. lepastu pinjam. sebab tak minat pakai blouse,. AHAHAH
ReplyDeleteAkak rendah..x sesuai pakai skirt labuh
ReplyDeleteJM minat yg jenis ni Pleated Maxi Skirts
ReplyDeleteSangat suka pakai lepas bersalin. Perut buncit sebab czer tak pakai bengkung. Paling sesuai rasanya yg last tu. Haha perasan lawa bila pakai.
ReplyDeletecantik semua fesyen skirt ni
ReplyDeleteSebenarnya semua cantik. Janji tak ketat sangat bagi ciktie
ReplyDeleteaida sgt suka pattern mermaid...
ReplyDeleteLya memg pg gemar skirt labuh ni semua cntik2
ReplyDeleteAiza suka pakai skirt labuh berbanding seluar.. Cantik tengok skirt tu, rambang mata.. ;)
ReplyDeletenanie pernah pakai mermaid maxi skirt. itu je rasa sesuai dgn bdn nanie yg comel ni. kekeke
ReplyDelete