Assalamualaikum
Sejak rakan masukkan aku ke group Homeschooling Genius syurga ni,rasa sangat excited kot nak ajar si awfiyah tu belajar macam-macam.Yelah..nak mengajar anak ni kena ikut tahap umur mereka.Kenalah ikut pembelajaran mengikut peringkat kan.
Dah banyak jugak aktiviti yang aku buat untuk awfiyah,contohnya memberi arahan pada dia,bagi dia pegang senduk dan mangkuk yang berwarna warni.yelah..budak-budak ni suka dengan warna-warni kan..Selain tu aku ajar dia masukkan duit dalam tabung..isk..banyak lagi la..Walaupun kekadang ada jugak tahap kemarahan ummi nak mengajar,tapi tetap seronok.Apa taknya,kekadang tu,bila disuruh,dia buat sambil lewa,ataupun langsung tak endahkan apa yang ummi dia cakap..Nama pun budakkan..Banyak nak main..hehehe...ummi dia je yang kekadang emo..Sayangnya,ummi dia tak pandai menjahit.Jelous sangat bila tengok mommy yang pandai jahit.Rajin buatkan anak mereka flashcard..Soft Book dan bermacam lagi..Macam kita yang tak pandai ni,kenalah beli...Nasib baik harga yang mommy bagi tu berpatutan..alhamdulillah..masih mampu ummi dia nak membeli.
Bila tertarik dengan bahan pembelajaran yang dikongsi dalam group tu,haruslah ummi dia excited nak bagi kat anak saudara yang lain..Yang paling dekat la kan duduk dengan makngah dia ni.Ada sorang anak saudara yang bakal bersekolah tahun depan.Rajin kot makngah dia buatkan buku tu untuk dia.
Siap da satu buku...Ada dua jenis pembelajaran yang aku masukkan dalam tu iaitu Joining dots dan Maze..
Macam aku pulak teruja nak buat.hehehe...tapi takde masa nak buat semua tu..Dah pun sampai buku tu ke tangan pemiliknya
Tekun membuatnya..Malam tadi buku ni sampai ke tangan dia,Ibu dia cakap,tido pun peluk buku..
If korang berminat nak bahan pembelajaran tu boleh la masuk group ni..ataupun aku ada satu website yang boleh korang amik bahan pembelajaran dari situ.
Kat sini lah aku ambil bahan rujukan selain dari file sharing dari group Homeschooling Genius Syurga tu
Moga bermanfaat untuk ibu-ibu dan bapa di luar sana...And,kalau korang ada bahan pembelajaran dari mana-mana website boleh la share kat sini..Moga anak-anak kita happy dengan pembelajaran yang diberikan oleh ibu bapa dari rumah lagi..Jadi bila dah masuk sekolah takdelah mereka terkejut...hehehe...
Kalau korang nak lagi bahan pembelajaran untuk anak-anak,boleh mintak kat aku..emel je kat sitirohaida81@gmail.com
Rajin kak ida buat buku belajar macam tu.. ;)
ReplyDeleteIbu yg prihatin akan ambil ambil tahu semua ini Eda
ReplyDeleteTak rugi. Cantik buku yg Eda buat tu.
wahhh..memang bagus group ni begini sis...Tq sharing ya..
ReplyDeletenak jugak join lah...boleh tambah ilmu utk anak2... :)
Best masuk group tu. Macam2 aktiviti HS idea yg kita boleh buat dengan anak².
ReplyDeleteNini pon ada join....la ni dok bz siapkan flashcard untuk baby....hahahaha
ReplyDeleteNasib la awak baby....dok dalam perut lagi umi dah siapkan flashcards...hahaha
wah, bagus untuk ibu bapa dan anak-anak. sambil2 tu boleh save budjet. buku utk kanak2 dtg2 mahalnya melampau.
ReplyDeletejemput ziarah kt blog saya kejap
http://www.cikguzamrud.com/2015/10/salam-ziarah-daripada-cikgu-zamrud-part.html
rajinnya dia kan ... genius syurga? sedap nama group tu :)
ReplyDeleteSeronok ye KD dpt apply benda baru kat anak...
ReplyDeleteBagus tu.... tak sia sia namanya.
Untung tau mama mama zaman sekarang banyak sumber ilmu
saya pun baru join grup tu. baru nak godek2 file. tertarik tengok sensory bag, cadang nak buat nanti ^_^
ReplyDeleteBagusnya group mcm ni.. syukurlah... ilmu yg baik utk kebaikan anak2 dan juga keluarga.. :)
ReplyDeleteJdi parent ni kna kreatif kan..mcm best ni msti byk aktiviti blh buat dgn ank2
ReplyDeleteperkongsian yang baik khas buat ibubapa
ReplyDeleteRajinnya.. Mila dah banyak ketinggalan... Budak budak sekkarang perlu kretif baru mereka rajin belajar... Thanks perkongsian yang baik
ReplyDeletebagus ada group yang dapat membantu ni. dan budak² seronok belajar :)
ReplyDeleteMemang berinspirasi... Tapi masa amat terhad nak buat... Buat mana mampu je la...
ReplyDeletewaktu aida start homeschool kakak2 dulu, x byk sgt support group.
ReplyDeleteby now, alhamdulillah :)
yes, aida setuju. kena dedahkan mereka dari kecik. agar tak terkejut nanti naik skola kan.