Assalamualaikum
Malam Minggu yang lepas,husband ajak makan luar.Konon nak repeat makan kat Revert Cafe,tapi tak jadi sebab Revert cafe tutup malam tu.So,kami decide nak jalan-jalan sekitar Taman bukit Dahlia je.Jenjalan sambil tengok restoran mana yang memikat hati, sampailah kitorang nampak Cafe ni kat hujung jalan.Memang rasa dah 2-3 kali lalu cafe ni,tapi tak pernah nak menyinggah.
Nampak pulak kat situ menyediakan makanan Western.Jadi ada peluang nak makan spaghetti lagi malam tu. D'Du Vann Cafe menyediakan makanan western dan makanan yang terbaik menikut citarasa para pelanggannya.
Setiap hari menu recommended by chef akan tertera di papan hitam di luar restoran ni..Memang sangat menarik.
Antara Menu yang disediakan di D' DU VANN CAFE
Western :
- Beef Stick
- Lamb Chop
- Chicken Chop
- Mushroom Soup
- Carbonara
- Spaghetti
- Roasted Chicken
- Pizza
- Lasagna
- Mandy
- etc
Asian
- Nasi lemak
- Roti Leleh
- Kuey Teow
- Sotong Tepung
- Chicken Cashew Nut
- Sizzling Tauhu
- Butter Prawn
- Sayur Goreng
- Tomyam
- Siakap
- Ginger Beef
- etc
Menu kami malam tu
- Mushroom soup
- Spaghetti carbonara
-Fish n Chip
-Chicken grill
Minuman kitorang,air tembikai gelas besar and white coffee..Actually white coffee tu aku punya..Yang dua tu adik ngan en.husband.Tapi si awfiyah dah konker dulu air tu..Sedap je dia minum air tu..isk...tak bagi kang ,meraung pulak.
Saja nak menyelit gambar family..As usual,husband memang tak suka gambar dia di tepek kat blog ni..Tapi nak jugak letak..heheh...Harus kena kecam balik nanti ni.Nasib baik masa makan tu Naura duduk diam-diam dalam baby seat.Bila Naura bangun je,sempat ummi berselfie sekejap..hehehe.
Lepas ni kalau nak makan western,boleh la lepak kat sini lagi...
So far,bagi aku ok je restoran ni...Meh aku bagi rate... 7/10 untuk restoran ni..Cuma kalau boleh banyakkan lagi baby chair..Tengok tu,terpaksa nur awfiyah duduk atas meja..Kalau duduk kat kerusi,harus ditakuti jatuh dek kerana awfiyah ni tak reti duduk diam.
Untuk korang yang ingin nak merasai kenikmatan makanan restoran ni,boleh follow alamat ni
D'DU VANN CAFE
No.1,Jalan Semerbak 20,
Taman Bukit Dahlia,
81700 Pasir gudang
D'Du Vann Cafe ini juga menerima tempahan buffet Western dan Asian untuk majlis
- Perkahwinan
-Doa Selamat
-Jamuan Perayaan
-Sambutan Hari Lahir Di premis Mereka
-Jamuan B.B,Q
korang boleh hubungi Outlet Manager di:-
017-7577092 / emel : fairefrire@gmail.com
Nmpk sdp sgt la menu2 kat situ sis
ReplyDeletesure sedap.. tengok gambar pun dah menyelerakan..
ReplyDeleteSalam singgah hari ni. Doakan yang baik2 aje for u. Tq sudi ke blog KA jg. Tq share yer. Boleh dicuba kalau ke sini nampak sedap je
ReplyDeleteMakan dgn Awfiyah mestilah dia konker mana yg dia suka dulu Eda
ReplyDeleteKakak tapi sukalah tengok dia ni. Ligat dia buat org geram-suka:)
Taman Bukit Dahlia tu dekat dgn rumah abang akak di Taman Tjg Puteri Resort.
bonding time sesekali dengan family kan...amboi si kakak tu..bukan main minum ais eh...
ReplyDeletewow! sedap nyer...
ReplyDeletebaru pg td wassap asben ajak dia jjcm ke johor weekend deepavali tu :)
dia punya gelas air tu yang geram tu
ReplyDeletebeso betul!
sedapnya menu western..sesekali mencuba okay jugak kan
ReplyDeleteassalamualaikum ieda...sesekali dpt layan makanan western ni mmg sedapkan...:)
ReplyDeleteMenunya nampak best2 belaka ^-^
ReplyDeleteTerima ksih krana memilih cafe kami... sila dtg lagi...
ReplyDeleteBole buat celebrate birthday kat sini x ? ☺
DeleteNampak sedap.. Besar gelasnya..
ReplyDeletesebaris dgn sate wak radol ke mak? ;p
ReplyDeleteammvoiii en asben dgn gelas besar tembikai ke tuuu?
ReplyDelete