Assalamualaikum
Bila anak dah semakin membesar ni,ada je keletah dia yang membuatkan ummi dia terhibur.Bak kata orang,bila ada masalah macam mana pun,bila pandang anak,hilang segala masalah.Lupa seketika..
Begitulah bila adanya Nur awfiyah dan adiknya Nur Naura Auni.Ummi dia semakin tenang bila ada mereka berdua ni.Kadang kala perlakuan diorang kekadang buat ummi sesak nafas,tetapi bila dikenangkan balik,mereka cuma budak,tak tahu apa-apa pun.Walaupun kenakalannya ada membuatkan orang tak suka dengan dia,tapi tidak pada mereka yang bernama ibu kan.Kenakalan budak itu normal.Ada satu masa,dia akan berubah dengan sendirinya mengikut umurnya jugak.
Paling tak suka bila adalah seseorang tu,bila bercerita dengan orang tentang nur awfiyah,mesti bangkitkan perkataan"budak ni nakal ni..Nakal betul".Korang rasa,sebagai ibu,sedih tak.Orang tu sepatutnya mendoakan yang baik-baik pada budak macam ni.Tak perlu kot nak hebahkan pada semua orang yang dia jumpa,tentang sifat anak syurga ni.Aku yang mendengarnya pun rasa sakit hati.Rasa nak tonjol je kepala dia tu..Tapi aku masih lagi hormat dia sebagai orang tua.
Takpelah anak ummi,walau nakal macam mana pun,ummi tau,anak ummi taklah nakal..Bagi ummi nakal tu dah lumrah pada insan yang bernama budak.Orang tak suka tak apa,tapi tak suka bila suka nak menjaja cerita pasal anak ummi ni..Ohohoho..tetiba ummi terEmo jap.
Susah da sekarang ni nak amik gambar dia..Ada je yang dia nak buat..dah terpaksa ummi terambil banyak gambar yang blurr...
Bagi ummi,ada je keletah dia yang membuatkan ummi terhibur.Ada je perlakuan dia yang membuatkan ummi tak jadi nak marah..Kekadang ada je perlakuannya yang membuat ummi rindu kat dia walaupun tidaklah berjauhan.Bila awfiyah ikut mak long dia balik kampung,ummi lah orang yang sedih,yang hiba,yang tetiba rasa kekosongan dek kerana awfiyah takde depan mata.
Ummi selalu mendoakan agar anak ummi nanti menjadi anak yang berguna,yang boleh membuatkan ummi bangga dengan awfiyah..
Tak suka guna perkataan nakal tuh...
ReplyDeletekan..bila kita sebut,macam kita mendoakan pulak...
Deletenanti dah besar kita rindu pula zaman dia kecik2 camni...ni pun ank br darjah 2 dh rasa mcm kenapa la korang ni besar cpt sgt hahahahaha..
ReplyDeletekan? anak ni kadang2 dia buat kita marah bila kita marah dia buat kita tak jadi marah dengan keletah dorang
ReplyDeleteKata-kata tu doa.. Kalau tak suka dengan kanak-kanak nakal sekalipun seeloknya sebut anak bertuah.. Kanak-kanak nakal tu normal..
ReplyDeleteIbu mna yg x trasa kan klau anknya di umpat kan..sbr jerla ya sis
ReplyDeleteGeramnya tengok... nak cubit2 pipi sampai nanges hehee.. :D :D
ReplyDeleteAwfiyah cute sangat nih. meh sini uncle nak dukung meh.. hehe
ReplyDeletesaya pun hangin satu badan bila org ckp budak kecik ni "nakal", "tak reti bahasa" atau apa saja perkataan negatif yg lain... hanya org yg bergelar ibu je tahu rasa ni...
ReplyDeleteItu namanya anak sedang lagi banyak belajar dengan dunia nyata barangkali ya, bukan nakal
ReplyDeleteAda org yg guna perkataan 'nakal' bermaksud bijak Eda.
ReplyDeleteApa lagi org dulu-dulu kan kalau depan budak tak mahu dipuji. Contohnya dia kata "alahai comotnya dia" walhal maksud dia comel/cantik. So just ignore ajelah sebab kakak tahu Awfiyah budak cerdik:)
Akak biasakan sebut anak bertuah anak baik
ReplyDelete.inshaAllah. ..mudaha2an termakbul ye kak...
Yelah...budak kecik mmg le aktif, itu lumrah, kalau tak aktif, pasif jer itu kita perlu risau.
ReplyDeleteAlah orang tua mmg suka cakap gitu KD....tak yahlah ambik hati...
Yup kata kata yang baik agar anak anak dapat jafi yang terbaik
ReplyDelete